Kekecohan Yang Terancang
Penulis Hilang Akal
Dia
Bebel
Inilah Hidup
Bila Lelaki Menjadi Wanita
Tudung
Lontong + Nasi Lemak
Kantung Kering Yang Sangat Kering
ibarat wau bulan bertali tangsi salut kaca, cantik rupa, sinar ibarat berlian, berbisa helahnya. Jangan mempercayai sesiapa dengan memandang luaran kerana yang cantik belom tentu baik buruk itu jahat. walaupun ada peribahasa ibarat tebar jala berkilat, sekilas ikan terperangkap, aku dah tahu jantan betina yang bermaksud boleh menilai orang itu dari luaran. Selami lah hati dia dulu.
ada dua tak semestinya gelojoh. ada satu samestinya jodoh. jangan jadi bodoh. Jangan. Terus kena tabah. Hadapi dengan senyuman. Walaupun katamu yang seperti menitiskan nila ke atas susu namun gua sabar saja. Tak peduli apa mereka kata. katakan ku gila. Separus nafas bertahankan ikatan yang memang telah menanti retak. Tapi...
Kita memang berbeza
Sangat berbeza
Penat jari jemari menekan piano, manis merdu berirama, tapi mesin jahit yang dapat nama. Si piano...?
Pagi Yang Tak Seberapa Hening
Setelah bersiar gua pon belilah 2 mee 1 bihun 1 nasi lemak. Semua gua sental. Sorang pulak tu. Gua nak ajak hosmate gua. Tapi haram. Semua masih jadi bangkai pepagi ni. Alarm punya main awal. Memekak dari pagi sampai ke tengah hari. Snooze sampai lowbett. Apa kejadah nya.
Tersentap
Gua tersentap dengan ayat ini. Memang gua ingat sampai bila-bila.
Hilang
Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami
Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku
Namun apalah dayaku
Tempuh dan biar kau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia
Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri
Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa
Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya
Pancaroba Menggoda
Boneka
Gua tak tahan menahan
Bagai patung
Dikawal jari-jemarimu
Sudah Sudahlah
Tak tahan
Melayan sikapmu perawan
Sudah.
Hargailah Seadanya
Kita tunggu dia lama pun takpa,
Tapi bila dia tunggu kita? Dia marah2...
Hati kata, "ala adatlah ada yg tunggu & menunggu" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita tak tido pun takpa layan dia yang bosan,
Tapi bila kita bosan,ada dia layan kita???
Hati kata, "takpa dia busy kot" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita gaduh ngan dia, kita diam ja...
Tapi dia heboh 1 dunia,
Hati kata, "takpa, dia tention tu" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita call nak cakap ngan dia,
Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan,
Bila jadi cam tu, takpa...
Hati kata, "takpa, layan ja..kawan dia kawan kita juga" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita bercerita ngan dia, cerita nan tunggul ag baik.
Tapi, bila dia bercerita ngan kita??
Kita dengar, sepatah2 kita kena ingat.
Kalau tak ingat, kita kena marah.
Hati kata, "takpa, sayang lah katakn" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita & dia lapar,
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia,
Hati kata, "ala jaga lah hati dia, cian dia" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh juga layan dia bila dia bosan,
Adil ke???
Hati kata, "ala bukan slalu pun" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita jadi cam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, "takpa, takkan dia nak berkepit ngan kita 24 jam" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban,
Hati kata, "takpa, dia memang macam tu kena lah terima" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita sayang nak tinggal kan dia selama-lamanya,
Tapi dia tak tau kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit, dia kata kita sakit biasa-biasa je, jangan mengarot,
Hati kata, "macam mana lah dia bila kita tak ada, mesti dia happy" ...
Bila kita sayang orang tu,
Kita tak sanggup tengok orang dia menderita,
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, "tau tak betapa kita sayang kat dia" ...?
Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup tinggal kan dia selama-lamanya untuk dia bahagia,
Tapi, adakah dia tau pengorbanan kita?
Hati kata, "takpa, janji dia bahagia" ...
DAN...
Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya,
Dia datang ziarah pusara kita,
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita..
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia,
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan,
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita,
Dia mintak maaf sebab pernah tak hirau kan call kita,
Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita,
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia,
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita,
Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita,
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri,
Dia mintak maaf sebab pernah tengok penderitaan kita...
Namun semua telah terlambat,,
Hargailah orang-orang yang kita sayang...
30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bgtau Lelaki
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Cuti - Cuti Malaysia
Sesampai saja gua kat perhentian bas Kuala Terengganu perasaan gua berterabur semacam. Pukul 6++ Pagi kot sampai. Ada rasa excited, rasa takut pon ada jugak. Maklumlah kan, gua tak tahu macam mana penerimaan famili member gua nanti. Hehe. Gua nampak bersepah student universiti balik ke kampung. Ramai awekkk. haha. Lepas tu kan kitaorang tunggu la abang member gua. Dalam fikiran gua mesti dia bawak kereta besar - besar punya. Tup² keta member gua jugak yang datang. Dah lah barang banyak, berat, orang nya pon berat. Tambahan pulak keta nih lowered. Memanggg terbaik.
Sampai Kat Rumah
Kalo kat rumah orang tu gua pun tetiba beradat susila. Hehe. Muka jadi baik semacem saja. Tingkah-laku yang sangat rukunnegara la katakan. Jumpa mak ayah member. Minum jap hilangkan penat. Borak - borak kosong jap. Walaupun tak paham apa mak ayah member cakap. Kalo dorang gelak, gua pun gelak. Entah apa dorang gelak gua pun tak tau. Tetiba ayah member tanya.
Pak cik : Dah semayang subuh?
Gua : Gua jawablah. Belom pakcik. Baru sampai
Kemudian pak cik tu tanya anak dia pulak
Pak cik : Dah semayang subuh?
Member : Dah.
Aik bila pulok dia semayang. Haha. Penipu
Makanan
Gua ngan member gua pepagi dah kluar jalan² merayau entah kemana. First pegi baiki radio keta Viva dia. Agak stylo disana radio tu.
Then makan. Fuhh makan pertama gua cekik kat sana adalah Nasi Dagang. Aduhh sedap gila. Rasa pelik² tapi sedap pulak. Kalo diikutkan hati, nak saja gua makan banyak² time tu. Lepas tu gua ngan member gua balik pegi rumah. Memcekik lagi. Gulai ayam. Mak ai kuah dia. Gua tak suka makan kuah kari. Tapi kuah gulai ni. Sodap sungguh. Hehe.
Malam Pertama
Yang nih bukan malam pertama bagi couple yang dah kahwin ok. Gua ngan member gua jalan - jalan area pesisiran pantai. Sana angin kuat tahap gila babas. Rambut gua berkibar semacam. Habis hilang rambut gua. Then jumpa kawan jap. Haha. Sambut befday dia. Borak - borak jap, chit-chat jap then jalan lagi.
Masjid Kristal
Petang hari entah ke berapa dah gua ngan member gua jalan - jalan pegi Masjid kristal. Cantik jugak lah lanskap masjid tu. Entah siapalah arkitek dia. Kot- kot bole minta ilmu sket kat arkitek tu. Boleh jugak gua design Masjid kat kampung gua nanti. Tapi gua tak faham kenapa nama Masjid tu Kristal. Tak kristal pon???
Benda Pelik
Haisshhhh banyak benda pelik kat sini nih. Kadang - kadang gua tak faham macam mana bole jadi macam ni.
Lawak Bodoh
Pagi tu gua jalan ngan mamat ni. Jadi gua borak la. Gua buat lawak tak tersengaja
Gua : Wahhh besar la rumah ni
Member : Hmmm besarrr...
Gua : Huhhh parking pun luas lah.
Member : Hmmm Luasss...
Gua : Ada menara pulak tu
Member : Hmmmm menara...
Gua : Macam masjid la
Member : Memang masjid pon
CETTT... -tak bagi tau awal -awal.
Pro dan Contra
Air Terjun Sekayu
Hahh yang ni memang best. Teruja gua tengok air terjun kat sini. Rasa nak mandi saja. Tapi bila gua dengar banyak yang mati kat sini hehe tak jadi la mandi.
P/s : Lepas ni Gua nak pegi Kelantan pulak. Hehe Peace
Ke Kiri Ke Kanan
Gua sekarang kat Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kat Kuala Terengganu. Hehe. Jauh perjalanan hoo. Perjalanan mengambil perjalanan selama 7 jam. Penat gila lah. Mau tak kemek bontot gua duduk dalam bas. Dahlah pemandunya macam haram. Amik selekoh laju semacem. Mungkin dia lupa kot dia bawa bas. FISH. Jalan pon berbukit. Terumbang ambing, terapung aping gua dalam bas.
Kuangajaq

Gua nampak kepala penumpang ke kiri ke kanan dan kekiri dan kanan lagi. Seirama dengan bas yang menggeleng- geleng. Mana taknya, dapat pemandu gila. Dan dan pulak kepala minah yang duduk sebelah gua kekiri dan kekanan dan kekiri dan tidak semena-menanya akhirnya lentok atas bahu gua. HAHA. Tapi gua baik. Gua kejutkan dia.
ACEH CEH CEHHH...-kejutlah sangat-
P/s : Selamat Hari Jadi Naziatul Fazilah. Hee
Alamak, gua lupa bawa pensil picit. Macam mana nak study
11.1.11 Pukul 11:11

Tapi gua nak cerita balik tentang member gua yang cantik molek tembam dulu. Nama dia Cik Ladybird , bukan nama sebenar. Yang kononnya nak diet bagi slim badan. Tak tahu lah badan dia sekarang macam mana. Dengar-dengar dah jadi "slim dah. Hehe. Sorry Cik Ladybird.Nak tahu lebuh lanjut klik sini.
Sebenarnya hari ini hari lahir cik Ladybird. Jadi sengaja gua apdate blog gua nak wish untuk dia. Nak wish kat Facebook gua segan pulak. Anyway Happy Birthday Cik Ladybird
P/s Cik Ladybird, bila anda baca blog gua, cepat - cepat call gua. Ada hadiah. sekian
If I Die Tonight
I wonder where I'll be tomorrow
Nobody cry, please push away the sorrow
'Cos I have been the best of man
The best of friends
The best of mum and daddy's last son
The best of anything
Tell Joe here's the last one
If I die tonight
Will I be forgiven
For all the people I've been slackin' with when i was livin'
Those who I've hurt their hearts
Took advantage of and even lied to
Hug you one last time for forgiveness
Yea, I would like to
If I die tonight
Would you feel the loss
Tomorrow would you dial my number by accident
And then suddenly paused
If I died tonight
I wonder who would get to keep my caps and shoes, jerseys
Even my little stuffed crocodile, Coco too
Get my cellphone, message everyone from A to Z
Tell them this ain't Malique
He passed away last night
Pray he rest in peace
If I died tonight
What wouldcha think of my room
When you see blue
Wanted to clean it up this morning
But then I never knew
If I died tonight
What would happen to Tim
How long would it take before she kissed another man
God damn
At fast food joints
Would you still order the same combo meal for 2
Things I wish I knew
You know we'll be alright
Just smile for me
Reminisce the fond memories
Kadang Ku Tertawa Sendiri


Cintaku Diatas Kertas
Kekanda dimedan perang,
Adinda di medan seni,
Sama-sama berjuang, sama-sama berbakti,
Untuk ibu pertiwi.
Kekandamu
Kekanda : Bila larut malam,
Suasana sepi,
Tara kucha
Tara kucha cha
Tak tahu lagu atalia tu!!
Adinda : Macam tu .. kita date 12.12.2012 aek
Kekanda : Taknak... nak 20.10.2010!!
Adinda : Emmh macam tu 20.10.2010 jam 2010 okey??
Kekanda : Hao a!! (bahasa mandarin).. kanda tunggu. Wangi-wangi tau.
Adinda : Kanda ni gatal la... Hahaha
Kekanda : Awww..
Adinda : Tuutt... Kredit dah habis la. Nanti topup lain la.
Kekanda : Bye sayang. miss you!!
Adinda : Off. (low bett)
p/s : kredit untuk Siti Fatimah dan Hafizi Mohd Zubel
SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL
Mak tau tak.......itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu......mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi......ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....
Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran... ....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter.....Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital.....nurse tengah balut mak dengan kain putih.......mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak......Kiter masih ingat lagi....Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak.....?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni...tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak....!Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib....Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak.....nak cakap dengan mak.....anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk univesiti....sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Note: Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..
Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.
Sumber : iLuvislam.com
Blog VS Diari

Haha...
Gua rasa memang patut la semua orang mempunyai blog sendiri. Kalau mahu harapkan tulis kat buku diari tu, ehmm jangan haraplah. Kalau gua bagi buku latihan 40 muka surat tu pun belum tentu habis diguna. Ok berbalik kepada blog cik ladybird ni. Dia guna blog ni sebagai pemangkin semangat dia untuk turunkan berat badan dia. FUHH. Memang terbaik dari ladang. Gua mahu tengok setahun akan datang. Agak-agak bentuk badan Cik Ladybird ni jadi slim atau tak. Kalau slim dah jadi kiut cantik molek, dan yang berminat boleh contact gua.
Hehe...
notakecil : Gua dah puas main Gitar, puas main Facebook, Cuti TInggal 4 hari saja lagi dan gua belum study2 lagi. Sekian terima kasih.
Aidilfitri Yang Tak Macam Aidilfitri
Cuti Hari Raya Aidilfitri.
Memang seronok lah.Tapi bagi gua yang hidup diperantauan agak tidaklah seronok. Semua orang tengah excited mahu balik kampung jumpa keluarga. Gua dapat rasakan perasaan itu. Selama beberapa bulan di tanah air orang lain dan balik kampung sempena cuti Hari Raya pulak, Perghh memang best lah. Jumpa Ibu Bapa kat kampung, sanak saudara sana. Aduhai. Memang tarikan graviti untuk balik Sabah tu kuat. Tapi tiket memisahkan.
Mungkin kawan
Sepanjang cuti ni memang boring. Tapi gua berterima kasih lah kepada bunyi kipas, mat- mat rempit yang buat bising, bunyi cengkerik, suara mak cik cleaner yang berbual kedengaran dari kejauhan yang "sanggup" menemani gua masa kesunyian. Tidak lupa jugak loker gua yang tak jemu - jemu melayan karenah gua.
Gol ketiga
Baiklah. tahun ni adalah tahun yang ketiga tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Mahu juga balik. Tapi memandangkan tiket kapal terbang tu sama harga macam harga "keropok lekor" maka gua terpaksa Cancel-kan appointment kat sabah. Terima kasih Tiket.
Kosong - kosong
Firstly, Gua mahu minta maaf kepada ibu gua. Kali pertama buat statement minta maaf dalam blog gua. Walaupun dia tak membaca blog gua, tak membaca part ini, tak mengapa. Asalkan gua sayang dia. Dari jauh sajalah gua cium tangan ya. Mahu minta maaf kepada bapa gua. Sangat banyak buat salah. hehe.
Dan gua jugak mahu minta maaf jika ada salah silap kata kepada kawan - kawan gua yang berada di Sabah. Kepada Geng Matrikulasi Labuan pun tidak jugak dilupakan. Minta maaf ya..
Kepada semua pelajar UTeM yang mengenali gua, gua minta maaf. Buat kawan - kawan kelas BMCT tahun 2, gua minta maaf. Sangat - sangat minta maaf jika gua pernah buat salah. Yang tak tertegur bila berselisih tu pun gua minta maaf. Buat budak kelas BMCT tahun 1, mana -mana yang gua tidak layan tu jangan marah. gua belum kenal lagi korang.
Kepada kawan - kawan dalam friendlist Facebook gua, gua nak minta maaf sebab tak berinteraksi dengan korang. tak terbalas komen korang.

Yang terakhir sekali, housemate. Gua nak sebut semua nama korang tapi nama korang ni panjang sangatlah. Tidak apalah. Gua nak minta maaf atas kesilapan gua saat kita semua menjadi housemate. Nanti habis cuti tu bawalah kuih raya ok... hehe
Fisrt time
Sepanjang ramadan tahun ni agak pelik sikit. Berbuka puasa dengan housemate yang bengong. Sahur pon best gak. Tak payah set alarm. Dorang boleh kejutkan. Kenangan paling best berbuka puasa kat Kuala Lumpur area Bukit Belacan. Berbuka kat tepi bukit. Nampak view Kuala Lumpur. Best jugak lah. Tapi yang paling bestnya adalah harga dia. Sky Juice RM1. FISH

Burung Hantu
Anak : Ayah, tu burung apa?
Ayah : Burung hantu...
Anak : Burung apa?
Ayah : Burung hantu sayang
Anak : Burung apa?
Ayah : Burung hantu nak...
Anak : Burung apa?
Ayah : Burunglah, HANTU...
Temuduga Setiausaha
"Aargghh!! Orang macam ni pun ada!!"
Namun, ikut prosedur, Pengurus itu itu tetap kena menemuduga juga si Ermi ni. Jadi, supaya Ermi tidak lulus, Pengurus ini merancang memberi soalan yang susah untuk dijawab. Soal Pengurus kepada Ermi : "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ini! Perkatan - perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK
Ermi pun berfikir sejenak dan menjawabnya
"I hear the phone GREEN, GREEN...GREEN...., then I go PINK up the phone. I say YELLOW..... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya ...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? thank you."
Pengurus pengsan
Cara² Mengorat Lelaki Dan Mengorat Perempuan Part 1
Awek : Ehh mana telefon I ni. ( kalut kehilangan fon )
Target : Just duduk diam menikus
Awek : Err awak, boleh tak saya pinjam fon awak. Fon saya hilang lah.
Target : Ohh ok ok. Pinjam lah. (bajet macho ). Dalam hati perghhh peluang ni
Awek : terima kasih
tutt tutt tutt tutt
Awek : Ek ehh kat seluar I rupanya. hehe
Sorry la kalau tak faham. Saya memang kurang king kalau bagi orang faham. ahakss.. Kalau nak lebih faham cuba tengok video ni.
Amacam ok tak. Haha.
Situasi Kedua. Kedai topup. Yang ni pulak untuk lelaki pulak. Awek kedai topup semua cantik-cantik ohh. Korang tak caya korang amek kunci motor pecut pegi kedai topup. Jangan kata kampung korang takda kedai topup pulak.
Roy : Ni apa crite ni?
Awek : Ini pek baru Encik. Hotlink pelan mudah. Ada tempoh active berganda
Roy : Kanda ( pancing tu )
Awek : 5 ringgit 7 hari, 10 ringgit 14 hari
Roy : 30 ringgit???
Awek : 60 hariii
Roy : Ohh tak kawin lagi!! (pancing lagi )
Awek : Lebih banyak Encik tambah nilai, lebih lama Encik cakap dengan yang tersayang
Roy : Tadi kanda sekarang sayang...
Amacam ok tak.. haha.. sorry la teknik ni agak menampakkan ke-sengel-an amat terserlah
Nanti gua post lagi cara² mengorat.
Notakecil : agak² aku dah boleh apply keja ngan Fadilah Kamsah macam ni.
Gurau Senda Dalam Selimut
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?...
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....
Panjang Umurku
Maka inilah cerita dia
Hari nie aku nak bercerite mase aku ngah baby² lagi. Cite nie tak leh wat kowang nak gelak guling². Cume sekelumit simpati pade aku. Tu pown kalo hati kowg macam tisu lor. huhuhu.Tanggal 11/1/1990 pada pagi hari, tak ingat kol berape, malas lak nak tanye mak aku lahir la seorang baby yg diberi name xxxxxxxxxx. Aku la 2. huhuhuh…
Sebelum detik² kelahiran aku, mak aku terpakse melalui detik² yang mencemaskan. Al maklum la baby first. Hehehehe. Aku rase kedegilan aku dah terjadi sejak aku baby lagi kowt. Sebabnye, punye la mak aku meneran. Dokter pown soh wat..
1 2 3 push…
Mak aku menjerit ngan sekuat2 ati ...
“arghhh!!!! Fuh fuh fuh..’’

Begitu la seterusnye. Tapi aku nie bermasalah cikit. Bukan sebab aku songsang dalam perut tu ok. Aku pown tu tau nape. Last² aku mule rase lemas dalam tu akibat terminum air ketuban manyak sangat. kowang tau tak air ketuban tu per??? Tak tau cri sendiri. Hahahha.. Ok² sambung balek. Akhirnye aku berjaye dikeluarkan. Dalam keadaan lemah. Aku tak berbunyi ape². Dalam otak mak aku kompem dah piker macam². Baby bagun baby.
TIBE2..
Aku tersedak. Aku memuntah kan segale² ape yg aku tertelan mase dalam perut mak aku tu. Nak tau kaler ape muntah aku tu?? Kaler hijau.. ewwww… Tu la degil sangat tak mo kuar. Nak dok gak dalam perut tu lame2. Kan dah dpt penyakit. Hahaha. Aku dulu dew penyakit semput. Maybe sebab mase baby² dulu kowt aku dapat penyakit tu. Tapi sekarang semput aku dah tak dew dah. Dah lame hilang. Syukur la nyawe aku masih pnjang lagi. kalo tak, x dapat aku merase kehidupan seperti sekarang nie… ^_^
To be continue…
Natijahnya : Sayangilah emak kita...
Notakecil : Selamat Pengantin Baru kepada Elnie Binti Manyon dan pasangannya. Semoga Bahagia Ke Akhir Hayat. Amin...
Main - Main
Lelaki 1 : Siapa awek kat entri Diam-Diam Ubi Berisi tu. Cantik tak?
Lelaki 2 : Haha. kau kena terjah.
Kaunter pertanyaan terpaksa dibuka sejam lebih awal sebab ramai yang mahu tau siapalah awek tu. Gua diibaratkan manager kat pompuan ni. Dan member gua ibarat wartawan yang kehausan. Tak kira member gua dari semenanjung ataupun yang berada di borneo. Semua wondering ni.
Maka inilah cerita dia...
Sape sangke aku dulu seorang yang agak extrem. Hehehe. Main bola, main rounders, main kejo-kejo. Main gelongsor kat bukit, panjat pokok pown ade gak. Ape lgi erk. Dah tak ingat dah. Sampai kan balek rumah lambat sikit sebelum 6.30 p.m aku kene kunci kat luar. Kejam!!!! Banyak kali kowt tak leh masuk rumah. Degil rupenye aku nie. Hahahhaa. Aku terjebak ngan semue nie sebab jiran-jiran aku semue keluarkan produk laki jer. Aku yang perempuan nie dah takde kawan perempuan. Main la ngan mereke². Huhuhuh. Smuenye macam-macam kenangan... ^_^..
Bola oh bola
uhuhuhuh..Bile time bola je aku mesti aku jadi penjage gol. Nape erk???? Kalo dieowang tu tendang bola relex tak pew gak. Ceh. Sampai skit sendi-sendi aku nak tahan bola tu dari digolkan... <---- tak kuat lari pasai tu jage gol. wahahaha.. Mungkin aku bole jadi pemain star suatu hari nanti Cristiano Ronaldo.

Gelongsor????
Yang bestnye time main gelongsor jumpe tiko getah @ tikar terbang tak gune. Kotak-kotak. Apew-apew yang buleh meggelongsorkan kami. Smue kami sapu. Hahahaha. Tinggi tak bukit tu ???... tak dew la tinggi sangat. Curam tak bukit tu? Agak lor boleh mencapai kelajuan 30 km/h. Iyer-iyer je aku nie. Yang pentingnye di penghujung bukit tu ade sebuah longkang yg agak muat-muat untok owg masuk... =p.. Yg besttnye 1 kotak tu nek ramai-ramai. 3 ke 4 owang sekali gus. Huhuhuh. Tapi tak men belakang rumah aku. Belakang umah jiran. Sebab bukit belakang rumah aku tak besh. Tak cukup tinggi. hahahaha..
Ade la satu hari tu dok besh2 main-main gelongsor. Mungkin di sebabkan kotak tu terlalu licin, bukit tu nek botak kami dok keje kan. Hahaha. Adek aku nie tak dapat mengawal kelajuan kotak tu. Mungkin transmission kereta time tu rosak agaknya. Tambahan pulak kami dah tambah turbo kat benda tu. last-last terbabas masuk la longkang. Hahaha. Dah lah air die boleh tahan bau die. uwekkk. Nasib bek aku tak nek same mase tu. Kalo tak aku pown berkubang dalam longkang tu.. ^_^
Dah tibe klimaksnye. Huhuhuh..
Rounders... ^_^
huhuhuhuh. Teringat dok main ronders mase kecik-kecik dulu. huhuhuh. gune apew² mende kayu asal bola tu leh pegi jao pown ok la. huhuhuh. Nak ikotkan cerite mase tu aku jadi tukang pembaling bola. Tup² budak tu pukul tepat kearah perut aku. Senak dowh. Tak terkate aku mase tu. rase nak menangis pown aku. Tp kontrol macho. Wahahaha. Budak² dah keliling aku. tnye ok ke tak... =p.. Dak yang pukul bola tu lagi lah mengelabah. Name die Adib. hehehe. pangkat abang daa. sekarang dah keje kowt die. Dah tak penah nampak dah sekarang. huhuhuh. Sejak dari tu bile aku jadi tukang baling bola je pas baling bola aku kompem p tunduk. Takut pisang berbuah due kali. Hahahha
To be continued
Notakecil : hari ni gua paling menang dalam melabur saham. Dua kali Gua terpaksa dikejarkan ke tandas sebab paling sakit perut. haha
Diam-Diam Ubi Berisi
Dulu-dulu mase kecik biase lor, budak. Asal nampak best je mesti nak g gak. huhuhuh. Dulu, mase aku kanak (tak ingat umor berape) kat area-area depan rumah aku nie ade rumah ngaja-ngaji. Aku panggil die owang cikgu Aisyah ngan cikgu Harun. Cikgu Harun tu agak garang lor. Aa-ala komando. Takut-takot. huhuhuh. Selalu je dengor owang ngaji kat rumah tu. So nak dijadikn cerite, aku ngan adek aku pown blajar la mengaji kat situ. huhuhuhuh. Dari alif ba ta sampai la aku reti bace al-quran... ^_^. Macam-macam keperitan, kepayahan, kedegilan, kenakalan. Semue aku lalui. huhuhuhuh.
Macam nie ceritenye...

Mase kecik-kecik biase lor kite cepat bosan ngan something yg kite buat. Nak diikowt kan cerite, aku nie berpakat lah ngan adek buat Projek Hilang Akal, aku tak mau pegi ngaji. Nak ponteng pown bawak geng kowt. hahahaha. Gua cadang cuti sehari dua. Masalahnye dekat sebulan aku tak datang ngaji. tak kantoi tu. Padahal barisan depan umah selang berape rumah jer. hehehe. Betape baeknye aku mase 2. :-). last-last terkantoi gak. Cikgu tu terus menuju ke rumah aku. Mengkhabarkan aku tak datang ngaji dah sebulan. kuang3X. kowang nak tau aku pegi nyorok kat maner??? hahahhaa. kat belakang rumah dowh. Wat2 p tempat ngaji. Tengok-tengok line clear aku teros melincahkan diri cabot belakang umah. Agak-agak cukup sejam aku wat2 balek rumah lor. wahahahaha....
^_^.. Walaupun aku cuti sebulan tapi tetap dapat gaji dari mak aku. hairan betol. Apew lagi. Dapat la buah tangan dari mak aku. haahah. Sejak tu 'pihak atasanku' teros anto aku sampai tempat ngaji betol-betol depan pintu. Dah nampak aku dok baru mak aku bla. hahahhaha. Betape nakalnye aku. Dalam diam-diam ubi berisi. hehehhe. *Memang berisi pon*
Aku ngaji kat situ sampai aku darjah 6 jer. Sebab tingkatan 1 aku dah dok hostel. Cikgu tu pown dah tak dok kat area rumah tu lagi. Dah pindah kat kawasan lain.. ^_^
To be continued
notakecil : hehe nakal jugak awek nih...
Bengang, Bangang dan Bingung
System Of A DownTapi ada yang membuat piring astro gua hilang signal. Panas telinga gua dengar. Hari tu gua pergi minum ngan member kat restoran. Jadi gua panggil lah awek ni mau buat order. Dengan selamba seraya awek tu datang.
Awek : Ya adik mau minum apa?
Gua : Errrr. Bagi saya Teh O Ais. *Gua ni nampak budak kah?*
Ketawa terbahak-bahak member gua kena panggil adik. Celaka punya member. Dah lah ketawa dorang tu kuat gila babas. Kalah suara penyokong bola kat stadium. Nasib baiklah awek tu cantik. Menarik penampilan. Cair gua tengok. Manis pulak rupanya, macam Teh O Ais dia.
Notakecil :
Bapa gua marah sebab gua awal pagi gua dah kudapan ngan gitar elektrik gua.. haha
Dua Hati
kalau aku pilih awek A memang best. siap boleh main gulung-gulung tali macam Man Kidal. awek A memang cantik. lentik badan nya. amat menggoda. suara lunak merdu gila tahap dewa. rupa paras pun memang sedap mata memandang. ibuku pun berkenan juga dengannya. tapi sayang seribu kali sayang atau mungkin lebih sayang sejuta kali sayang kuasa dua, aku hanya dapat bertemu dan bermesra dengannya dalam masa dua bulan saja. lepas tu awek A ni akan duduk rumah tanpa disisiku selama beberapa bulan.

kalau pilih awek B pulak menampakkan diri ini elegen. yakah???...
benda ni memang berjasa sepanjang masa. rupa tak lah nampak macam artis terkenal. tapi ok lah aku tengok awek ni. kiut jugak. walaupun benda B ini hanya bermain masa tapi emmm tapi apa aekkk. haha. benda B ni boleh dijamah bila-bila masa dimana jua berada. itu yang bagusnya.
monologdalaman : beli gitar elektrik(A) atau jam tangan(B). emmm
Lonely Day
And it's mine
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss
Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life
And if you go, I wanna go with you
And if you die, I wanna die with you
Take your hand and walk away
The most loneliest day of my life
Such a lonely day
And it's mine
Pelan Pelan Saja
ku tahu kamu pasti rasaapa yang ku rasa
ku tahu cepat atau lambat
kamu kan mengerti
hati bila dipaksakan
pasti takkan baik
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu
lepaskanlah ikatanmu dengan aku
biar kamu senang
bila berat melupakan aku
pelan-pelan saja
tak ada niat menyakiti
inilah hatiku
pantasnya kamu mencintai
yang juga cintai dirimu
cuma kamu
pelan pelan saja
notakecil : pelan pelan saja





