Bila Lelaki Menjadi Wanita

Gua kadang-kadang buang tebiat jugak. Hari ni gua cuba menjadi surirumah sepenuh masa. Gua akan menggantikan tempat untuk semua kaum hawa kat rumah gua. Baru gua tahu bukan senang menjadi wanita sebenarnya. Bukan setakat fizikal, malahan jiwa jugak main peranan bersama.

Awal pagi

pepagi buta lagi gua sudah bangun. Padahal dalam hati mahu sambung tidor lagi. Agak-agak dekat tengah hari kita bangun la. Hehe. Gua pegi cari sarapan untuk sekeluarga, beli nasik lemak kat jiran sana. Part ni gua taklah keberatan sangat sebab perut gua pun sudah memanggil2 nasik lemak dari semalam. HikHik. lagipun anak makcik jual nasik lemak tu kiut. Niat mau jenguk anak dia sebenarnya. HAHA

Lepas tu gua pun hantar la adik2 gua ke sekolah. Nasib baek la guna motor. Kalau guna kaki tadi memang gua kaki2 adik gua. Dulu gua time kecik pun jalan kaki sendiri.

Mengemas

Part ni gua dah malas dah. Adik2 gua pegi sekolah yang tak reti kemas tempat tidur. Gua pulak yang kemaskan. Kalau kemaskan untuk seorang dua takpa gak. Ini gua kemaskan tuk lima orang. Cett. Kalau tak kemas saja takpa. Ni dengan bau kencing nya. HADOIYAI...

Memandangkan rumah baru sahaja kena renovate dan juga memandangkan gua anak harapan untuk mengemas rumah ( hehe ) gua pun kemas la dari parking kereta ke ruang tamu, tandas sampailah ke dapur. Agak damn gak la. Part ni beerfeluh-feluh ketiak gua dibuatnya.

Sabun

Jumpa mesin basuh, masukkan pakaian, masukkan sabun, tekan Start Wash. Senang saja. Tapi menjemurnya gua tak suka. haha.

Kuali

Hmm time ni gua tak terer sangat lah. Gua memasak ngan mak jugak. Kalau setakat masak ikan goreng tu gua terer la. Tapi masuk bab-bab gulai la, masak masakan pelik tu gua serender.
( time masak kena minyak panas. DAMN )

Bulan Masuk

Malam sepatutnya dah releks2 dah. Tapi adik bertuah gua yang berumur 2 tahun lebih yang sangat cerewet ngan muka sedihnya yang menyebabkan gua pun tak sampai hati marah. Sikit-sikit mintak susu la, anak patung la. nak gendong la, nangis la. Hahh part nih gua terpaksa la main jiwa-jiwa sket. Cuba menjiwai hati seorang ibu. Hehe

Kesimpulannya, bukan senang menjadi seorang wanita tambahan lagi seorang ibu. Kena jaga anak lagi. Bab pakaian gua dah pening dah. Cuci tudung, skarf, baju kurung, kain sarung, baju dalam lagi, seluar dalam, cuci rambut lagi. Tu baru part baju kurung. Belum masuk baju t-shirt, seluar sukan, jeans, banyak la senang cerita. Kalau aksesori pulak, pin tudung la, mekap lagi, bab boyfriend takpayah cerita la.

Yang tu kalau hidup sorang2 takpa. Bayangkan seorang ibu ada 5 orang anak pompuan. time beranak lagi la susah. Betapa sakitnya. Tak hidup lama gua kalau jadi pompuan. Bab fizikal dah penuh pancaroba. Belum masuk perasaan hati lagi. Bukan senang jadi seorang wanita. Tambahan pulak menjadi seorang wanita yang baik. Sangat susah.

p/s :Berusaha la jadi wanita yang baik. Hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.