Setelah 4 Tahun

Bermula 10 Ogos 2012

Time ni gua terkial kial buat buku log latihan industri gua. hehe. Standard la kan, last minit baru la nak buat. Fenin gua fikir nak tulis apa kat buku log. Tu baru buku log. Belom lagi buat repot. Akhirnya gua pun buat la yang termampu. Ada part tu agak cincai. HAKHAK. Hentam la labu labi. Buat keadaan express sebab nak ikot rumate pegi ceramah ustaz Don.

Mungkin tuah badan. 

Dulu gua pegi ceramah Ustaz Azhar Idrus buat kali pertama dan dapat berjumpa facetoface dan dapat bersalam dengan dia. Begitu jugak dengan ustaz Don. Gua dapat berjumpa dengan orang yang agak popular. Bukan senang nak bersalam tangan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.

Lepas ceramah ustaz Don, gua pun meliar la sekitar masjid mencari jubah yang dijual. Gua bedal 2 biji jubah. HAHA. Keesokan tengahari rumate gua hantar pegi KL sentral bla bla bla jumpa classmate bla bla bla borak sana sini, check-in, lepas tu kapal terbang take off.

Dalam Kapal Terbang

Dalam kapal sangat riuh. Tak tau kenapa. Sana sini borak pasal diri dorang. Sesi perkenalan kot. Dalam pikiran gua dah bercampur aduk dah. Hehe maklum la balik beraya kat kampung halaman. 4 tahun tak beraya kat kampung. Dengan kelajuan kapal terbang 800 lebih km/h, pukul 6.25 petang berbuka puasa. 

Setelah Kaki Menjejak Tanah Borneo

Keluar dari airport. Gua jumpa adek paling bongsu gua. Bukan maen takot lagi dia. Maklum la setahun tak jumpa. Hehe. Tapi gua ada solution. Gua umpan Angry bird, tros kena cium pipi. Senang ja babe. Pastu macam biasa barang-barang gua jadi hak milik adik-adik gua. Semua dah chop awal-awal.


Gua pun Terawih lain sket. Gua bawak bala tentera gua. Adik adik lelaki gua. Dah macam seorang ayah dah. ^_^ . Then Sembahyang raya Aidilfitri pun macam tu gak. Ngan tentera gua. 

Berakhir 9 September

Gua dah penin balik. Dengan demam gua lagi. Tak tahu macam mana nak packing barang masuk dalam beg. Gua tengok semua adik adik lelaki gua botakkan kepala, gua pun ikot la.....

HAKHAKHAK

Sampai airport, Salam tangan mak ayah, blahhh...

p/s : kalau nak cepat lepas dari pemeriksaan kat airport, pakai jubah macam gua. haha. Tak kena check pun.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.