Level Up. 23

Assalamualaikum WBT

Kulit dah kedut reput namun masih bertenaga bernyawa. Alhamdulillah umur dah 23 tahun. Gua mulakan dengan solat maghrib dan membaca surah yassin. Lepas tu mulut yang lancar ini terlekat-lekat membaca yassin sebab dah lama tak baca. Nampak sangat malas. 

Lalu...

Tak tau nak buat apa. Hanya beberapa kerat yang tahu hari jadi gua. Kaki melarikan diri ke Mydin dengan moto honda yang bunyik ekzos yang maha dasyat sehingga semua ingatkan gua membawa trailer panjang. Mata melirik-lirik sekeliling. Tangan yang tak berseni bergerak mengambil apa saja yang terpandang. Gua tangkap ayam goreng. Ayam tu sempat melarikan diri ke arah customer lain. Namun tangan ini pantas mematahkan langkah ayam goreng itu. Gua sempat berlawan chopstick dengan customer itu. Perlawanan sangat sengit. Beberapa ekor ayam mati. 

Ok fine. Melaratttt.

Gua pun tengok la kek berpakej murah. Seorang lelaki yang bentuk geografi muka dia, warna tanah menampak keturunan mungkin bangla. Mungkin nasib tuah badan dapat dengan harga murah. Dia bagi 8 ketul kek dengan harga RM 5.50. Mata penat lalu mengadap ke kaunter pertanyaan dengan membawa duit 1 baldi syiling. HAHA. Dalam perjalanan pulang ke rumah gua singgah beli burger. Tak pernah-pernah gua order burger.

Ku dihalaman rindu.
Hanya berteman Cika dan Maru

Gua bawak segala makan yang gua beli tadi ke luar rumah. Menikmati pemandangan dan panorama. Makanan kat dapur pun gua angkut skali. Kalau boleh dengan dapur-dapur tu gua angkat ke luar. Dengan lafaz Bismillah gua makan. Sedih tidak berteman namun sudah kebal. Memang sudah kebiasaan menyambut hari jadi sorang-sorang. Nasib baik lah ada dua ekor kucing yang bernama Cika dan Maru kerana sanggup meneman gua makan. Untunglah kucing-kucing ni. Dorang la yang membedal makanan gua. 

Maru tengah baring kat tangan gua

Cika

CikaMaru

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.