Damailah Kamu Disana

Masa tu hujan renyai-renyai dengan keadaan sejuk mendung. Tanah menjadi lembab dan lembut. Budak rumah tengah sibuk mengangkat tangan mengemas rumah namun aku hanya mengadap fesbuk walaupun berminggu kosong notification sambil study untuk test beberapa jam lagi. Mati berkelip-kelip sehingga kunang-kunang terjadi dimata. 

Pintu diketuk.

"Jang Maru mati kena langgar".

Berderau darah mengalir setiap saluran. Aku melangkah dengan berlakon wajah tenang padahal hampir tewas. 


Kemudian kawan mengambil baju yang kelihatan baru sekali dua pakai. 

"Man pakai la baju aku. Dah tak pakai"
"Takpe la, aku sayang Maru"

Lalu kami buat rumah untuk Maru yang paling selesa di tepi rumah kami. Semoga dia tidur nyenyak disana.

Waktu seakan memahami keadaan. Kesedihan diiringi hujan renyai sambil angin bertiup perlahan kesejukan. Tanah lembab lembut mudah untuk menggali. Itu semua kebetulan sahaja.

Lantas ku teringat semalam ketika aku kepenatan terbaring di ruang tamu dengan kepanasan petang Maru datang dan baring di atas dada ku sambil menjilat-jilat muka sehingga terlena tidur atas dada ku. 

Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Kepada teman yang ku kenang,
Pemergianku ini tak dirancang.

Usah bertanya mengapa aku,
Mengucap salam terakhir kepadamu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan,
Melahirkan kerinduan kepadamu.


Kini Cika kesorangan kesedihan tiada lagi tempat bermanja bermain. Merayau kemana entah mencari kawan bergurau setiap hari. Terasa kehilangan.


***************


Maafkan aku 
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan isi hatiku

Ternyata
Tak terkata
Rinduku padamu 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.