Senyum

Assalamualaikum WBT

Tak tahan gua tadi. Penat mata ni menangis sampai habis air mata. Naik pening kepala dan macam mahu demam rasanya. Lepas solat hajat, doa punya doa lepas tu baru tersedar dahi ni lama tak sujud lama macam tu. Masa ditimpa kesedihan baru diri ni sedar minta pertolongan. Nampak sangat diri ni lupa akan pencipta. 

Sebak rasanya bila mak telefon dalam keadaan sesak nafas. Walaupun berada di hospital dengan keadaan riuh rendah, dia tetap telefon anaknya yang jauh ni. Walaupun cakap tersangkut-sangkut tapi dia cuba berborak. Makin deras air mata ini. Rasa seakan-akan itulah kali terakhir dengar suara dia. Mak suruh cakap dan cakap dan cakap. Hati semakin takut. Mak cakap dia nak dengar suara anaknya. 

Buntu. Lalu diri ini cuba menenangkan dia. 

"bawak mengucap mak. Tahannnn, tarik nafas panjang-panjang. Tenangkan badan. Jangan gunakan banyak tenaga".

Diri ini merapuh bagai. cuba berkata-kata agar dia sentiasa dengar suara anaknya yang jauh ini. Lalu dia berkata " Jang, jaga adik-adik mu ya, jaga dorang baik-baik".  

Hilang..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.