Kantung Kering Yang Sangat Kering

Direct to the point, duit dah tinggal sen-sen. Kalau beli gula-gula pon tak lepas. Pepagi lagi gua seluk semua ruang poket seluar gua mencari saki baki sen yang tinggal. Gua tak mau bergantung dengan sesiapa lagi. Akhirnya gua dapat meng-collect RM 2 setengah lebih sikit. Agak-agak dengan duit sebanyak itu, berapa hari gua dapat bertahan. Lalu gua membuat konklusyen membeli rokok. Lebih rela berlapar janji ada sigup. Gua sendiri tak paham.


ibarat wau bulan bertali tangsi salut kaca, cantik rupa, sinar ibarat berlian, berbisa helahnya. Jangan mempercayai sesiapa dengan memandang luaran kerana yang cantik belom tentu baik buruk itu jahat. walaupun ada peribahasa ibarat tebar jala berkilat, sekilas ikan terperangkap, aku dah tahu jantan betina yang bermaksud boleh menilai orang itu dari luaran. Selami lah hati dia dulu.

ada dua tak semestinya gelojoh. ada satu samestinya jodoh. jangan jadi bodoh. Jangan. Terus kena tabah. Hadapi dengan senyuman. Walaupun katamu yang seperti menitiskan nila ke atas susu namun gua sabar saja. Tak peduli apa mereka kata. katakan ku gila. Separus nafas bertahankan ikatan yang memang telah menanti retak. Tapi...

Kita memang berbeza
Sangat berbeza

Penat jari jemari menekan piano, manis merdu berirama, tapi mesin jahit yang dapat nama. Si piano...?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.