Cuti - Cuti Malaysia

First Step

Sesampai saja gua kat perhentian bas Kuala Terengganu perasaan gua berterabur semacam. Pukul 6++ Pagi kot sampai. Ada rasa excited, rasa takut pon ada jugak. Maklumlah kan, gua tak tahu macam mana penerimaan famili member gua nanti. Hehe. Gua nampak bersepah student universiti balik ke kampung. Ramai awekkk. haha. Lepas tu kan kitaorang tunggu la abang member gua. Dalam fikiran gua mesti dia bawak kereta besar - besar punya. Tup² keta member gua jugak yang datang. Dah lah barang banyak, berat, orang nya pon berat. Tambahan pulak keta nih lowered. Memanggg terbaik.



Sampai Kat Rumah

Kalo kat rumah orang tu gua pun tetiba beradat susila. Hehe. Muka jadi baik semacem saja. Tingkah-laku yang sangat rukunnegara la katakan. Jumpa mak ayah member. Minum jap hilangkan penat. Borak - borak kosong jap. Walaupun tak paham apa mak ayah member cakap. Kalo dorang gelak, gua pun gelak. Entah apa dorang gelak gua pun tak tau. Tetiba ayah member tanya.

Pak cik : Dah semayang subuh?

Gua : Gua jawablah. Belom pakcik. Baru sampai

Kemudian pak cik tu tanya anak dia pulak

Pak cik : Dah semayang subuh?

Member : Dah.

Aik bila pulok dia semayang. Haha. Penipu


Makanan

Gua ngan member gua pepagi dah kluar jalan² merayau entah kemana. First pegi baiki radio keta Viva dia. Agak stylo disana radio tu.


Then makan. Fuhh makan pertama gua cekik kat sana adalah Nasi Dagang. Aduhh sedap gila. Rasa pelik² tapi sedap pulak. Kalo diikutkan hati, nak saja gua makan banyak² time tu. Lepas tu gua ngan member gua balik pegi rumah. Memcekik lagi. Gulai ayam. Mak ai kuah dia. Gua tak suka makan kuah kari. Tapi kuah gulai ni. Sodap sungguh. Hehe.

Malam Pertama

Yang nih bukan malam pertama bagi couple yang dah kahwin ok. Gua ngan member gua jalan - jalan area pesisiran pantai. Sana angin kuat tahap gila babas. Rambut gua berkibar semacam. Habis hilang rambut gua. Then jumpa kawan jap. Haha. Sambut befday dia. Borak - borak jap, chit-chat jap then jalan lagi.


Masjid Kristal

Petang hari entah ke berapa dah gua ngan member gua jalan - jalan pegi Masjid kristal. Cantik jugak lah lanskap masjid tu. Entah siapalah arkitek dia. Kot- kot bole minta ilmu sket kat arkitek tu. Boleh jugak gua design Masjid kat kampung gua nanti. Tapi gua tak faham kenapa nama Masjid tu Kristal. Tak kristal pon???





Benda Pelik

Haisshhhh banyak benda pelik kat sini nih. Kadang - kadang gua tak faham macam mana bole jadi macam ni.

TOLOL
Mini EX5

Lawak Bodoh

Pagi tu gua jalan ngan mamat ni. Jadi gua borak la. Gua buat lawak tak tersengaja

Gua : Wahhh besar la rumah ni

Member : Hmmm besarrr...

Gua : Huhhh parking pun luas lah.

Member : Hmmm Luasss...

Gua : Ada menara pulak tu

Member : Hmmmm menara...

Gua : Macam masjid la

Member : Memang masjid pon

CETTT... -tak bagi tau awal -awal.

Pro dan Contra

Memang bohong la kalo gua kata semua best kan. Mesti ada yang tak best jugak. Gua Tak suka lori - lori kat sana. Ekzos dorang hmm mak ai besar gila. Bukan ekzos kot. Dorang guna Batang paip. Bising nak mampos. haha. Bayangkan kalo 10 lori lalu tepi gua. Silap hari bulan gua terpaksa guna bantuan alat pendengaran. Pekakkkkk.

Tapi ada yang stylo kat sana. Makcik - makcik kat sana nek moto selamber saja. Tak guna helmet pulak tu. Nenek pun ada babe. Siap buat welliy pulak tu. Nasib baik takda yang guna motor RXZ. Hehh terer tak terer kaum hawa kat sana. Yang tu gua tipu.

Hensem tak member gua

Air Terjun Sekayu

Hahh yang ni memang best. Teruja gua tengok air terjun kat sini. Rasa nak mandi saja. Tapi bila gua dengar banyak yang mati kat sini hehe tak jadi la mandi.


P/s : Lepas ni Gua nak pegi Kelantan pulak. Hehe Peace

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.