Wuduk

Hari ni hari Jumaat. Dalam jadual hari ni gua ada lab kat Fasa B pukul 9. Tapi entah rasa malas nak pegi lab. Minggu ni gua rasa sangat teruk. Tak datang kelas memanjang. Tambahan pulak ada dua test. Tapi alhamdulillah semua bole skor.


Azan berkumandang

Gua pun bersiap lah mandi, pakai jubah, dan gerak. Sesampai saja ke masjid, gua pun masuk ke ruang wuduk. Gua sebenarnya dah ambil wuduk dari rumah. Akan tetapi ada cendol kat celah mata. So, gua pun ambil wuduk lah semula.


Semasa mengambil wuduk

Masa gua ambil wuduk, gua ternampak kelibat seorang budak kecik dengan ayah dia. Dengan pantas gua teringat kenangan manis gua masa Ramadhan lalu bila gua bawak adik-adik gua ke masjid untuk terawih. Masa tu mak dah cakap awal-awal

Mak : "korang dua, abang ujang kamu sudah balik. Kalau nak pegi terawih, siap awal-awal.


Bila mak cakap macam tu, Semua perbuatan gua diikut. Kemana gua pergi, disitu jugak adik-adik gua. Kalau gua berbuka dengan makan hanya satu piring, dorang pun ikot. hehe. Bila gua capai tuala tuk mandi lepas berbuka, dorang pun cepat-cepat mandi. Nampak sangat teringin merasa nikmat terawih.

Gua selalu datang awal ke masjid. Kalau berbuka pukul 6.30 petang, gua dah ke masjid dalam pukul 7.00 ke 7.15 petang. Sesampai saja ke masjid, gua pun ambil lah wuduk. Masa ni sangat kelakar. Adik gua minta ajar ambil air wuduk. Biasalah, budak-budak. Kadang-kadang terlupa. Hati ini terasa seperti menjadi seorang ayah. Sangat tersentuh bila teringat masa tu.

Gua : Pandai tak ambil air wuduk.

Adik : Mestilah pandai.

Lalu dia pun amek air wuduk. Akan tetapi salah. Gua tersenyum kecil.

Gua : Haha. Oii, salah tu.

Adik : Salah ae,? heheheh. Lepas basuh tangan, basuh apa? Dahi ae?

Gua : Hahaha, dahi mana ada. Mazhab mana ko ikot. :-D

Gua pun ajar lah satu persatu, sampai lah habis.

Walaupun adik-adik gua tak tau sangat pasal agama, gua tak kisah. Sebab umur dorang, dalam hati dorang hanya nak main sepanjang masa. Gua paham sebab dulu pun gua macam tu. Gua tak tau pun solat adik-adik gua diterima atau tak. Tu belakang kira. Niat gua nak terapkan dalam hati dorang tuk suka ke masjid. Berasa gembira untuk melangkah ke rumah Allah.

Masa menunggu waktu solat masuk, gua pun tengok adik-adik gua diam semacam. Gua pun bawak dorang bergurau. Ajak main satu game. Haha. Main batu gunting kertas. Siapa kalah, kena jentik kat tangan. Kalau gua kalah, adik-adik gua jentik 10X. Tapi kalau adik-adik gua kalah, gua jentik sekali dengan jari kelingking. Haha. Rasa gua kembali ke zaman silam.













Selalunya selepas terawih, gua ke kedai berdekatan untuk beli something untuk adik-adik gua. Mungkin sebagai hadiah.




**************

Bila teringat semua ni, gua rasa sangat rindu. Segala masalah gua lupus walau untuk sementara


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.