Wahai Bakal Isteriku

Wahai bakal isteriku

Hati ini merasa seperti ada sesuatu yang kurang. Adakah aku sudah sepatutnya memilih dan mencari sebahagian diriku yang hilang. Mencari tulang rusukku yang sepatutnya menjadi temanku sehingga ke syurga. Bukan kerana mencari disertakan nafsu, tetapi memenuhi tuntutan agama. Akan tetapi hati ini selalu risau, selalu gundah kerana takut tersalah pilih rusuk. Bukan terlalu memilih, bukan memandang cantik, kaya atau sebagainya. Aku hanya mahukan rusuk yang sepadan dengan tubuh dan jiwaku ini. 

Wahai bakal isteriku

Aku tidak tahu kamu berada dimana sekarang, apa yang kamu buat sekarang. Aku harap kamu sihat senantiasa agar kamu mudah mengerjakan sembahyang. Aku harap kamu menjadi seorang yang solehah, baik dan penyayang. Aku tahu aku tidaklah sebaik mana, namun akan aku berusaha menjadi yang terbaik untukmu. Semua lelaki mengharapkan rusuknya seorang yang baik dan taat pada agama.

Wahai bakal isteriku

Aku menharapkan kamu sentiasa menungguku sehingga aku bertemumu untuk mengikat kita sebagai pasangan yang halal. Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.