Bengang, Bangang dan Bingung

Memang gua rasa bengang la. Bukan setakat bengang gua dapat. Gua dapat bonus, rasa bangang dan bingung. Adakah patut dia suruh gua potong janggut gua. Kalau dia suruh potong bulu lain gua terima juga. Ni tidak. Dah lah biologi dalam badan gua ni agak berlainan sikit. janggut gua ni agak lambat sikit tumbuh. Dalam 3 tahun panjang 2 inci saja. Mungkin gua patut buat appointment ngan Dr House untuk bantu membuatkan janggut gua cepat panjang. Tu yang gua bengang. Sayang gila mau potong. Gua baru bercadang nak buat janggut macam Serj Tankian vokalis System Of A down atau Shavo Odadjian basses System Of A Down.

System Of A Down

Tapi gua mau cerita sikit lah Pro dan Kontra potong janggut ni. Hari tu gua pergi sekolah dulu gua. Cikgu-cikgu gua kata gua macam baru lepas SPM. Masih nampak muda beb. Tak kembang kempis hidung gua time tuh. Bukan setakat hidung yang kembang, dengan bibir gua sekali kembang. Bibir gua dah macam nampak penyangkut baju. Telinga gua bertukar jadi piring astro. Mata gua berkelip-kelip macam kunang-kunang beb.

Tapi ada yang membuat piring astro gua hilang signal. Panas telinga gua dengar. Hari tu gua pergi minum ngan member kat restoran. Jadi gua panggil lah awek ni mau buat order. Dengan selamba seraya awek tu datang.

Awek : Ya adik mau minum apa?

Gua : Errrr. Bagi saya Teh O Ais. *Gua ni nampak budak kah?*

Ketawa terbahak-bahak member gua kena panggil adik. Celaka punya member. Dah lah ketawa dorang tu kuat gila babas. Kalah suara penyokong bola kat stadium. Nasib baiklah awek tu cantik. Menarik penampilan. Cair gua tengok. Manis pulak rupanya, macam Teh O Ais dia.

Notakecil :
Bapa gua marah sebab gua awal pagi gua dah kudapan ngan gitar elektrik gua.. haha

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.