Dua Hati

Sumber sudah ada. Tapi tidak tahu mana satu yang patut diangkat. hatiku sudah pusing. bermacam - macam difikir. mahu kata hepi, ada juga. tapi tak lah sampai hepi guling-guling. kadang-kadang risau pun ada juga. tapi bukan lah risau macam fikir pasal masalah negara. takut-takut salah pilih menyesal pulak.

kalau aku pilih awek A memang best. siap boleh main gulung-gulung tali macam Man Kidal. awek A memang cantik. lentik badan nya. amat menggoda. suara lunak merdu gila tahap dewa. rupa paras pun memang sedap mata memandang. ibuku pun berkenan juga dengannya. tapi sayang seribu kali sayang atau mungkin lebih sayang sejuta kali sayang kuasa dua, aku hanya dapat bertemu dan bermesra dengannya dalam masa dua bulan saja. lepas tu awek A ni akan duduk rumah tanpa disisiku selama beberapa bulan.


kalau pilih awek B pulak menampakkan diri ini elegen. yakah???...
benda ni memang berjasa sepanjang masa. rupa tak lah nampak macam artis terkenal. tapi ok lah aku tengok awek ni. kiut jugak. walaupun benda B ini hanya bermain masa tapi emmm tapi apa aekkk. haha. benda B ni boleh dijamah bila-bila masa dimana jua berada. itu yang bagusnya.

monologdalaman : beli gitar elektrik(A) atau jam tangan(B). emmm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.