Kadang Ku Tertawa Sendiri

Minta maaf

Gua tahu gua banyak buat salah sepanjang tahun ni. Gua nak minta maaf kepada Ibu bapa gua sebab tak dapat balik beraya tahun ni. Gua nak minta maaf gak kepada kawan-kawan UTEM. Gua tau ada yang kecik hati, marah dan sebagainya. Gua tak mahu kita bermusuhan. Biar bilangan kawan tu kekal. Tak mahu berkurangan. Lebih tak apa. Masuk depan nanti gua akan memperbaiki lagi kelakuan diri ini. Gua tak kesah kena tegur. Marah pun tak apa. Gua maafkan segala dosa korang kat gua. Lagipun kita semua bernafas udara yang sama. Belajar dalam kelas yang sama. Everything kita buat sama-sama. Jadi apa salahnya kita bermaaf-maafan.

Kenangan Yang Bangang

Memang banyak kenangan gua. Yang paling gua ingat time gua kena tolak masuk dalam kolam air panas kat Gadek Melaka. Berasap babe. haha. Gua dah syok borak ngan member gua, nama dia Siti Fatimah. Heee. Agak klasik nama dia. Tiba-tiba satu mamat entah celah dunia mana dia muncul dan tolak gua. Masak dua biji telur gua. Mati semua sperma. Celaka betol mamat tu. haha.

Ada pula time Hari Raya Aidil Fitri. Yang ni memang gua berterima kasih la ngan minah sorang ni. Nama dia Wendy Riberd bulan. Bukan nama sebenar. Cuti 2 minggu memang amat memijak hati. Jalan-jalan ngan minah ni. Beli baju raya. Yang minah ni pula agak shopaholic "sket". Memang enjoy sakan la kami. Siap cari kereta lagi tu. Kenari babe. Warna hijau then dalam ala-ala harimau. haha. Makan sama-sama ngan dia. Best la.

Projek Hilang Akal

Yang satu lagi, main baling selipar. Ni kerja gila yang tak berseni langsung. Kalo gua tak silap lepas Test. Malam-malam pegi padang, Gumpul ramai-ramai, bahagi-bahagi kumpulan then main. Tengah malam buta sambut selipar tak kah gila. haha. Tapi malam tu gua ngaku memang seronok.


Air Terjun Gunung Ledang.

Pagi tu gua dapat SMS.
Member : Weii Bro ko nak tak ikut pegi Air terjun.
Gua : Air terjun mana?
Member : Air terjun Gunung Ledang
Gua : Tak kesah. Tapi dengan syarat. Semua housemate gua kena ikut.
Member : ok tak pa. Yang tu biar gua settlekan

Tidak semena-menanya plan dipagi yang tidak diracang pun menjadi. Perjalanan yang entah berapa kilometer. ingatkan dekatlah. Kepala hotak dia. Pagi jalan, malam balik. FISH.

Rekod Hidup

Yang ni gua tak sangka. Status Facebook gua mencecah 400 lebih.


Azam

Gua dan listdown semua azam gua kat buku log gua. Tak cukup. Gua guna kain batik mak gua semata-mata nak tulis azam tahun depan. Mengamuk mak gua.

-Nak berubah jadi anak yang baik
-Ingat solat.
-Belajar elok-elok
-Ubah perangai

notakecil : Tangan gua dah gatal nak beli Nikon DSLR D3100

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.