Blog VS Diari

Gua ada terbaca satu blog ni. Tuan empunya blog ni menggelar diri dia Ladybird. Gua rasa cik Ladybird ni baru berkecimpung dalam dunia blog ni. Umur blog dia pon belum lagi sampai setahun jagung. Sebulan jagung pun tak. Mungkin seminggu jagung kot.


Haha...

Gua rasa memang patut la semua orang mempunyai blog sendiri. Kalau mahu harapkan tulis kat buku diari tu, ehmm jangan haraplah. Kalau gua bagi buku latihan 40 muka surat tu pun belum tentu habis diguna. Ok berbalik kepada blog cik ladybird ni. Dia guna blog ni sebagai pemangkin semangat dia untuk turunkan berat badan dia. FUHH. Memang terbaik dari ladang. Gua mahu tengok setahun akan datang. Agak-agak bentuk badan Cik Ladybird ni jadi slim atau tak. Kalau slim dah jadi kiut cantik molek, dan yang berminat boleh contact gua.

Hehe...

notakecil : Gua dah puas main Gitar, puas main Facebook, Cuti TInggal 4 hari saja lagi dan gua belum study2 lagi. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.