Aidilfitri Yang Tak Macam Aidilfitri

Terlepas

Alhamdulillah sekarang gua dah terlepas semua segala cobaan. Dengan kuiz yang merepek. Soalan yang entah me-laut. Dengan Testnya lagi. Pancaroba lah. Dan sekarang ni bermulalah cuti pertengahan semester. Ramadan pon tinggal sehari saja lagi. Syukur.

Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Memang seronok lah.Tapi bagi gua yang hidup diperantauan agak tidaklah seronok. Semua orang tengah excited mahu balik kampung jumpa keluarga. Gua dapat rasakan perasaan itu. Selama beberapa bulan di tanah air orang lain dan balik kampung sempena cuti Hari Raya pulak, Perghh memang best lah. Jumpa Ibu Bapa kat kampung, sanak saudara sana. Aduhai. Memang tarikan graviti untuk balik Sabah tu kuat. Tapi tiket memisahkan.

Mungkin kawan

Sepanjang cuti ni memang boring. Tapi gua berterima kasih lah kepada bunyi kipas, mat- mat rempit yang buat bising, bunyi cengkerik, suara mak cik cleaner yang berbual kedengaran dari kejauhan yang "sanggup" menemani gua masa kesunyian. Tidak lupa jugak loker gua yang tak jemu - jemu melayan karenah gua.

Gol ketiga

Baiklah. tahun ni adalah tahun yang ketiga tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Mahu juga balik. Tapi memandangkan tiket kapal terbang tu sama harga macam harga "keropok lekor" maka gua terpaksa Cancel-kan appointment kat sabah. Terima kasih Tiket.

Kosong - kosong

Firstly, Gua mahu minta maaf kepada ibu gua. Kali pertama buat statement minta maaf dalam blog gua. Walaupun dia tak membaca blog gua, tak membaca part ini, tak mengapa. Asalkan gua sayang dia. Dari jauh sajalah gua cium tangan ya. Mahu minta maaf kepada bapa gua. Sangat banyak buat salah. hehe.

Dan gua jugak mahu minta maaf jika ada salah silap kata kepada kawan - kawan gua yang berada di Sabah. Kepada Geng Matrikulasi Labuan pun tidak jugak dilupakan. Minta maaf ya..

Kepada semua pelajar UTeM yang mengenali gua, gua minta maaf. Buat kawan - kawan kelas BMCT tahun 2, gua minta maaf. Sangat - sangat minta maaf jika gua pernah buat salah. Yang tak tertegur bila berselisih tu pun gua minta maaf. Buat budak kelas BMCT tahun 1, mana -mana yang gua tidak layan tu jangan marah. gua belum kenal lagi korang.

Kepada kawan - kawan dalam friendlist Facebook gua, gua nak minta maaf sebab tak berinteraksi dengan korang. tak terbalas komen korang.


Yang terakhir sekali, housemate. Gua nak sebut semua nama korang tapi nama korang ni panjang sangatlah. Tidak apalah. Gua nak minta maaf atas kesilapan gua saat kita semua menjadi housemate. Nanti habis cuti tu bawalah kuih raya ok... hehe

Fisrt time

Sepanjang ramadan tahun ni agak pelik sikit. Berbuka puasa dengan housemate yang bengong. Sahur pon best gak. Tak payah set alarm. Dorang boleh kejutkan. Kenangan paling best berbuka puasa kat Kuala Lumpur area Bukit Belacan. Berbuka kat tepi bukit. Nampak view Kuala Lumpur. Best jugak lah. Tapi yang paling bestnya adalah harga dia. Sky Juice RM1. FISH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.