Sebalik Hitam

Kadang-kadang ALLAH smbunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. kita menangis dan tertanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH hendak memberi kita PELANGI.

Kita sering lalai, alpa dengan dunia yang dipinjamkan. Dalam setiap zarah udara yang kita sedut yang kita fikir memberikan nyawa dan kehidupan, kita lupa bahawa semua itu datang dari Allah Tuhan yang Maha Esa. Untuk setiap titik cahaya yang disinarkan matahari yang sentiasa menerangi kehidupan siang agar manusia dan seluruh makhluk dapat bekerja dan mencari rezeki, kita sering lupa, cahaya itu kepunyaan Allah, matahari itu juga hamba Allah.

Saksikanlah kepatuhan matahari dan bulan kepada Tuhannya, yang sentiasa berputar dan beredar pada paksinya, tidak pernah lari keluar walau sedikit pun..kenapa manusia seringkali susah untuk bergerak pada paksinya, mengikut panduan dan sunnah yang diberikan, manusia seringkali suka sahaja untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan kebenarannya dan yang sepatutnya. manusia ini suka sahaja untuk mencipta kekacauan dan kemurkaan Allah.


Renungan
Ayat copypaste

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.