Pelangi Hidupku


Urat lipat lendan tujuh. berbuih darahku menggelegak dalam tubuh. kena doaku hampir panas. rentak rentang bawa khabar. ku cuba mengawal ombak emosiku. ketika ku tatap ibarat cogan alamat bermalai, emas putih mencengkam tangan gerak gemalai. rasa hati mahu tidak mahu. tetap ku tabahkan hati menerima kenyataan walau hati ini luluh, kerana pelangi itu berjuta di dunia ini.

kekalahanku di medan perang di barisan depan amat menyedihkan. hati mengintai langit mengharapkan keajaiban. sesuatu dariNya agar dapat ku meneruskan peperanganku yang sepatutnya belum selesai. rasanya kini hanya tinggal kenangan. hari ini bulan rembulan. takkan ku lupa rakan seperjuanganku. teruskanlah wahai sahabatku. walau laut memisahkan kita. jangan toleh kebelakang lagi. jangan dan jangan toleh lagi.

kepada rakan-rakanku yang berjaya, teruskan langkah anda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.