Titik Istimewa

Ada satu kain rentang putih yang sangat luas seluas mata memandang. Luasnya tidak terkira sehingga kamu tidak nampak penghujung kain. Kain ini ada lukisan yang warna warni yang sangat cantik sekali. Namun ada juga lukisan yang kita tak nak pandang walau sekali pun. Dalam luas-luas kain putih ini ada satu titik yang sangat kecil. Titik ni sangat istimewa bagiku. Walaupun kecil namun aku masih mudah mencari titik tersebut. Titik itu adalah kenangan kita berdua. Walaupun kenangan kita hanya panjang sejengkal namun bagiku kenangan kita seluas alam semesta.

Duhai Pari-pari
Datanglah ke sini,
Diiringi kupu-kupu malam,
Diterangi kunang-kunang berkedipan.

Jangan kau lupa,
Malam ini,
Di situ jam satu
Di dalam taman kalbu,
Aku menunggumu,
Hadirlah walau hanya sepintas jarum waktu,
Agar terlerai rindu membatu lalu berubah menjadi debu,
Moga terhurai lah belenggu,
Bantulah aku,
Senyumlah padaku.

Tajwid

Assalamualaikum WBT

Kamu dan aku dulu pernah seperti idgham mutaqooribain. Perjumpaan dua huruf tapi berlainan sifatnya. Kamu faham tak? Dan hatiku sekarang ini merasa seperti qolqalah kubro, terpantul dengan kerasnya. Kamu rasa tak? Ketika ini aku merasakan kita seperti idgham bilagunnah. Cuma ada kamu dan aku seperti lam dan ro. Kamu perasan tak? Meskipun disaat ini aku dimatamu mungkin cuma bagaikan nun mati diantara idgham, terlihat tapi dianggap tak ada. Kamu nampak tak? 

Sampai saat ini sayangku padamu masih seperti mad thobi'l dalam al quran.

Damailah Kamu Disana

Masa tu hujan renyai-renyai dengan keadaan sejuk mendung. Tanah menjadi lembab dan lembut. Budak rumah tengah sibuk mengangkat tangan mengemas rumah namun aku hanya mengadap fesbuk walaupun berminggu kosong notification sambil study untuk test beberapa jam lagi. Mati berkelip-kelip sehingga kunang-kunang terjadi dimata. 

Pintu diketuk.

"Jang Maru mati kena langgar".

Berderau darah mengalir setiap saluran. Aku melangkah dengan berlakon wajah tenang padahal hampir tewas. 


Kemudian kawan mengambil baju yang kelihatan baru sekali dua pakai. 

"Man pakai la baju aku. Dah tak pakai"
"Takpe la, aku sayang Maru"

Lalu kami buat rumah untuk Maru yang paling selesa di tepi rumah kami. Semoga dia tidur nyenyak disana.

Waktu seakan memahami keadaan. Kesedihan diiringi hujan renyai sambil angin bertiup perlahan kesejukan. Tanah lembab lembut mudah untuk menggali. Itu semua kebetulan sahaja.

Lantas ku teringat semalam ketika aku kepenatan terbaring di ruang tamu dengan kepanasan petang Maru datang dan baring di atas dada ku sambil menjilat-jilat muka sehingga terlena tidur atas dada ku. 

Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Kepada teman yang ku kenang,
Pemergianku ini tak dirancang.

Usah bertanya mengapa aku,
Mengucap salam terakhir kepadamu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan,
Melahirkan kerinduan kepadamu.


Kini Cika kesorangan kesedihan tiada lagi tempat bermanja bermain. Merayau kemana entah mencari kawan bergurau setiap hari. Terasa kehilangan.


***************


Maafkan aku 
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan isi hatiku

Ternyata
Tak terkata
Rinduku padamu 

Level Up. 23

Assalamualaikum WBT

Kulit dah kedut reput namun masih bertenaga bernyawa. Alhamdulillah umur dah 23 tahun. Gua mulakan dengan solat maghrib dan membaca surah yassin. Lepas tu mulut yang lancar ini terlekat-lekat membaca yassin sebab dah lama tak baca. Nampak sangat malas. 

Lalu...

Tak tau nak buat apa. Hanya beberapa kerat yang tahu hari jadi gua. Kaki melarikan diri ke Mydin dengan moto honda yang bunyik ekzos yang maha dasyat sehingga semua ingatkan gua membawa trailer panjang. Mata melirik-lirik sekeliling. Tangan yang tak berseni bergerak mengambil apa saja yang terpandang. Gua tangkap ayam goreng. Ayam tu sempat melarikan diri ke arah customer lain. Namun tangan ini pantas mematahkan langkah ayam goreng itu. Gua sempat berlawan chopstick dengan customer itu. Perlawanan sangat sengit. Beberapa ekor ayam mati. 

Ok fine. Melaratttt.

Gua pun tengok la kek berpakej murah. Seorang lelaki yang bentuk geografi muka dia, warna tanah menampak keturunan mungkin bangla. Mungkin nasib tuah badan dapat dengan harga murah. Dia bagi 8 ketul kek dengan harga RM 5.50. Mata penat lalu mengadap ke kaunter pertanyaan dengan membawa duit 1 baldi syiling. HAHA. Dalam perjalanan pulang ke rumah gua singgah beli burger. Tak pernah-pernah gua order burger.

Ku dihalaman rindu.
Hanya berteman Cika dan Maru

Gua bawak segala makan yang gua beli tadi ke luar rumah. Menikmati pemandangan dan panorama. Makanan kat dapur pun gua angkut skali. Kalau boleh dengan dapur-dapur tu gua angkat ke luar. Dengan lafaz Bismillah gua makan. Sedih tidak berteman namun sudah kebal. Memang sudah kebiasaan menyambut hari jadi sorang-sorang. Nasib baik lah ada dua ekor kucing yang bernama Cika dan Maru kerana sanggup meneman gua makan. Untunglah kucing-kucing ni. Dorang la yang membedal makanan gua. 

Maru tengah baring kat tangan gua

Cika

CikaMaru

Senyum

Assalamualaikum WBT

Tak tahan gua tadi. Penat mata ni menangis sampai habis air mata. Naik pening kepala dan macam mahu demam rasanya. Lepas solat hajat, doa punya doa lepas tu baru tersedar dahi ni lama tak sujud lama macam tu. Masa ditimpa kesedihan baru diri ni sedar minta pertolongan. Nampak sangat diri ni lupa akan pencipta. 

Sebak rasanya bila mak telefon dalam keadaan sesak nafas. Walaupun berada di hospital dengan keadaan riuh rendah, dia tetap telefon anaknya yang jauh ni. Walaupun cakap tersangkut-sangkut tapi dia cuba berborak. Makin deras air mata ini. Rasa seakan-akan itulah kali terakhir dengar suara dia. Mak suruh cakap dan cakap dan cakap. Hati semakin takut. Mak cakap dia nak dengar suara anaknya. 

Buntu. Lalu diri ini cuba menenangkan dia. 

"bawak mengucap mak. Tahannnn, tarik nafas panjang-panjang. Tenangkan badan. Jangan gunakan banyak tenaga".

Diri ini merapuh bagai. cuba berkata-kata agar dia sentiasa dengar suara anaknya yang jauh ini. Lalu dia berkata " Jang, jaga adik-adik mu ya, jaga dorang baik-baik".  

Hilang..

Takkan Ku Berlari Salahkan Sesuatu











Selamat Tinggal. Damailah kamu disana. Malam nanti kan ku sedekahkan Al fatihah

Wuduk

Hari ni hari Jumaat. Dalam jadual hari ni gua ada lab kat Fasa B pukul 9. Tapi entah rasa malas nak pegi lab. Minggu ni gua rasa sangat teruk. Tak datang kelas memanjang. Tambahan pulak ada dua test. Tapi alhamdulillah semua bole skor.


Azan berkumandang

Gua pun bersiap lah mandi, pakai jubah, dan gerak. Sesampai saja ke masjid, gua pun masuk ke ruang wuduk. Gua sebenarnya dah ambil wuduk dari rumah. Akan tetapi ada cendol kat celah mata. So, gua pun ambil wuduk lah semula.


Semasa mengambil wuduk

Masa gua ambil wuduk, gua ternampak kelibat seorang budak kecik dengan ayah dia. Dengan pantas gua teringat kenangan manis gua masa Ramadhan lalu bila gua bawak adik-adik gua ke masjid untuk terawih. Masa tu mak dah cakap awal-awal

Mak : "korang dua, abang ujang kamu sudah balik. Kalau nak pegi terawih, siap awal-awal.


Bila mak cakap macam tu, Semua perbuatan gua diikut. Kemana gua pergi, disitu jugak adik-adik gua. Kalau gua berbuka dengan makan hanya satu piring, dorang pun ikot. hehe. Bila gua capai tuala tuk mandi lepas berbuka, dorang pun cepat-cepat mandi. Nampak sangat teringin merasa nikmat terawih.

Gua selalu datang awal ke masjid. Kalau berbuka pukul 6.30 petang, gua dah ke masjid dalam pukul 7.00 ke 7.15 petang. Sesampai saja ke masjid, gua pun ambil lah wuduk. Masa ni sangat kelakar. Adik gua minta ajar ambil air wuduk. Biasalah, budak-budak. Kadang-kadang terlupa. Hati ini terasa seperti menjadi seorang ayah. Sangat tersentuh bila teringat masa tu.

Gua : Pandai tak ambil air wuduk.

Adik : Mestilah pandai.

Lalu dia pun amek air wuduk. Akan tetapi salah. Gua tersenyum kecil.

Gua : Haha. Oii, salah tu.

Adik : Salah ae,? heheheh. Lepas basuh tangan, basuh apa? Dahi ae?

Gua : Hahaha, dahi mana ada. Mazhab mana ko ikot. :-D

Gua pun ajar lah satu persatu, sampai lah habis.

Walaupun adik-adik gua tak tau sangat pasal agama, gua tak kisah. Sebab umur dorang, dalam hati dorang hanya nak main sepanjang masa. Gua paham sebab dulu pun gua macam tu. Gua tak tau pun solat adik-adik gua diterima atau tak. Tu belakang kira. Niat gua nak terapkan dalam hati dorang tuk suka ke masjid. Berasa gembira untuk melangkah ke rumah Allah.

Masa menunggu waktu solat masuk, gua pun tengok adik-adik gua diam semacam. Gua pun bawak dorang bergurau. Ajak main satu game. Haha. Main batu gunting kertas. Siapa kalah, kena jentik kat tangan. Kalau gua kalah, adik-adik gua jentik 10X. Tapi kalau adik-adik gua kalah, gua jentik sekali dengan jari kelingking. Haha. Rasa gua kembali ke zaman silam.













Selalunya selepas terawih, gua ke kedai berdekatan untuk beli something untuk adik-adik gua. Mungkin sebagai hadiah.




**************

Bila teringat semua ni, gua rasa sangat rindu. Segala masalah gua lupus walau untuk sementara


Awan

Awan adalah ciptaan Tuhan yang sangatlah unik. Bila kita gembira, ia akan berlari pergi memberi laluan, menghilangkan diri agar memberi peluang matahari menyinari hari-hari dengan cahaya yang terang. Bila kita rasa matahari terlalu lama memberi cahaya yang menyebabkan kulit terasa terbakar, maka awan pun kembali meredupkan hari-hari indah agar menjaga kegembiraan ini. 

Akan tetapi

Kadangkala awan juga menjatuhkan titisan air hujan seolah-oleh memahami diri ini tengah bersedih. Menemani kita dengan menangis sekali dengan kita.

Mengeluh hati ini memikirkan masalah. Ketika dalam doa, hati terasa sayu semacam. Dalam kesayuan, tiba-tiba diri ini menangis kecil kerana teringat akan masalah. Tak semena-mena air mata ini berderai deras. Tak sangka jatuh jugak air mata lelaki ini.


Yang Pertama Yang Terakhir

Yang pertama belom tentu terbaik. Yang terbaik biasanya terakhir. Tetapi yang pertama susah dilupakan, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda tanya.

Setelah 4 Tahun

Bermula 10 Ogos 2012

Time ni gua terkial kial buat buku log latihan industri gua. hehe. Standard la kan, last minit baru la nak buat. Fenin gua fikir nak tulis apa kat buku log. Tu baru buku log. Belom lagi buat repot. Akhirnya gua pun buat la yang termampu. Ada part tu agak cincai. HAKHAK. Hentam la labu labi. Buat keadaan express sebab nak ikot rumate pegi ceramah ustaz Don.

Mungkin tuah badan. 

Dulu gua pegi ceramah Ustaz Azhar Idrus buat kali pertama dan dapat berjumpa facetoface dan dapat bersalam dengan dia. Begitu jugak dengan ustaz Don. Gua dapat berjumpa dengan orang yang agak popular. Bukan senang nak bersalam tangan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.

Lepas ceramah ustaz Don, gua pun meliar la sekitar masjid mencari jubah yang dijual. Gua bedal 2 biji jubah. HAHA. Keesokan tengahari rumate gua hantar pegi KL sentral bla bla bla jumpa classmate bla bla bla borak sana sini, check-in, lepas tu kapal terbang take off.

Dalam Kapal Terbang

Dalam kapal sangat riuh. Tak tau kenapa. Sana sini borak pasal diri dorang. Sesi perkenalan kot. Dalam pikiran gua dah bercampur aduk dah. Hehe maklum la balik beraya kat kampung halaman. 4 tahun tak beraya kat kampung. Dengan kelajuan kapal terbang 800 lebih km/h, pukul 6.25 petang berbuka puasa. 

Setelah Kaki Menjejak Tanah Borneo

Keluar dari airport. Gua jumpa adek paling bongsu gua. Bukan maen takot lagi dia. Maklum la setahun tak jumpa. Hehe. Tapi gua ada solution. Gua umpan Angry bird, tros kena cium pipi. Senang ja babe. Pastu macam biasa barang-barang gua jadi hak milik adik-adik gua. Semua dah chop awal-awal.


Gua pun Terawih lain sket. Gua bawak bala tentera gua. Adik adik lelaki gua. Dah macam seorang ayah dah. ^_^ . Then Sembahyang raya Aidilfitri pun macam tu gak. Ngan tentera gua. 

Berakhir 9 September

Gua dah penin balik. Dengan demam gua lagi. Tak tahu macam mana nak packing barang masuk dalam beg. Gua tengok semua adik adik lelaki gua botakkan kepala, gua pun ikot la.....

HAKHAKHAK

Sampai airport, Salam tangan mak ayah, blahhh...

p/s : kalau nak cepat lepas dari pemeriksaan kat airport, pakai jubah macam gua. haha. Tak kena check pun.


Tersepit

Susah jaga hati kawan. Asyik hati dorang kena jaga.

Haishhhh.... =.=''

Lepas ni mmg takkan ikut lagi la jalan-jalan.

duduk rumah...

Mengaripap Karipap


Karipap pun karipap la. Janji makanan.
Ni sajalah yang termampu.
Hehe ^_^

Petanda Cinta

1. Bila rindu tangan mula membaca mesej si "dia" yang terdahulu

2. Mudah berkongsi rahsia.

3. Kadang-kadang kita selalu menjenguk akaun Facebook si "dia" walaupun dia offline

4. Cuba mengorek rahsia tak kira latar belakang, adik beradik, dan sebagainya.

5. Menyimpan atau mengambil gambar si "dia" secara senyap dari mana-mana sumber seperti Facebook.

6. Kerap membelek-belek gambar si "dia" di dalam telefon.

7. Mudah kecil hati bila si "dia" melakukan yang tak menyenangkan hati.

8. Gembira ketika bersama-sama.

9. Selalu teringatkan si "dia" apabila benda berlaku berkaitan dengan si "dia".

10. Akan berusaha membantu si "dia" walaupun keadaan itu akan menyusahkan kita.

Pejam mata...

Jika anda terbayang orang tu....

Dialah orang yang kamu suka...

Wahai Bakal Isteriku

Wahai bakal isteriku

Hati ini merasa seperti ada sesuatu yang kurang. Adakah aku sudah sepatutnya memilih dan mencari sebahagian diriku yang hilang. Mencari tulang rusukku yang sepatutnya menjadi temanku sehingga ke syurga. Bukan kerana mencari disertakan nafsu, tetapi memenuhi tuntutan agama. Akan tetapi hati ini selalu risau, selalu gundah kerana takut tersalah pilih rusuk. Bukan terlalu memilih, bukan memandang cantik, kaya atau sebagainya. Aku hanya mahukan rusuk yang sepadan dengan tubuh dan jiwaku ini. 

Wahai bakal isteriku

Aku tidak tahu kamu berada dimana sekarang, apa yang kamu buat sekarang. Aku harap kamu sihat senantiasa agar kamu mudah mengerjakan sembahyang. Aku harap kamu menjadi seorang yang solehah, baik dan penyayang. Aku tahu aku tidaklah sebaik mana, namun akan aku berusaha menjadi yang terbaik untukmu. Semua lelaki mengharapkan rusuknya seorang yang baik dan taat pada agama.

Wahai bakal isteriku

Aku menharapkan kamu sentiasa menungguku sehingga aku bertemumu untuk mengikat kita sebagai pasangan yang halal. Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan.

Had

Kalau dah pipit tu mengaku pipit.
Jangan mimpi sebelah helang.
Kalau tuan kebolehannya sikit.
Jangan nak acah-acah kita tak pandai.

Teman Pengganti

Ketawa bersama menangis bersama.
Ku harap kita pun mati bersama

Kau yang teristimewa, tapi dia yang sempurna.

Bila dunia seolah tak memahami.
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.
Setia mendengar, setia hadir.
Ingat setiap ulangtahun, ingat hari lahir.
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal.
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal

Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput.

Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.
Jaga diri, jangan makan hati.
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti.
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi.
Cincin, kunci, dompet dalam laci.
Ada sikit wang, itu saja baki.
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi, bertemu kekasih abadi.
Tiba masanya kau cari pengganti.

Kebahagian Sebenarnya

Orang kaya tidur diatas tilam yang empuk, tetapi tidurnya tidak lena. Kadang-kadang orang yang miskin beralaskan tikar lebih lena dibuai mimpi. Orang kaya dihidangkan makanan yang sangat enak, tetapi tawar dilidahnya. Tapi bila orang miskin makan hanya berlaukan telur, lebih enak dilidahnya. Itulah kebahagian sebenarnya

Man VS Wild

Salam

Sekarang dah  masuk study week. Duit pun study week jugak. Macam mana gua nak survive ni. Duit tinggal 90 sen.

Haha

Kalau la gua macam Bear Grylls. Takda duit pun dapat survive.



Rezeki ditangan Allah SWT. Jangan risau.

Dia

Garangnya cukup santun.
Nakalnya bersulam jenaka.

Jangan pernah menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.

Bebel

Assalamualaikum

Gua tengok blog gua dah banyak tumbuh lalang. Dah lama tak apdate entri. haha

Cuti Semester

Cuti semester lalu gua tak balik sabah, stay kat rumah sewa yang tercinta ini. Haha. Oleh kerana tak balik gua terpaksa mencari lobang kerja tuk makan seharian memandangkan duit dalam bank tinggal RM 4 lebih dan gua yang sangat kuat makan. hehe. Nak minta kat ayah tapi malu lak. Adehh.

Kerja

Masa tu baru balik semayang jumaat. Jadi singgah lah kat restoran Bumbu Warisan. Beli air masa tu. Padahal nak tanya ada kerja part time tak. Haha. Gua bawak slowtalk ngan manager dia, bagi muka seposen sket. Pekena pulak time tu pakai baju jubah. Buat muka suci. Haha. Then bos terima gak.

First day

Awal pagi dah kena maki oleh costemer. Rasa macam nak maki ja time tu. Makanan lambat, lambat la. Marah kat tukang buat roti. Jangan marah kat tukang amek order. Dah la gua tak tau lagi apa nak wat time tu. Masih blur lagi. haha. Tapi takpa, pengalaman.

Lepas 10 hari kerja

Ada dua orang minah datang macam stail gua. Datang nak minum. Tapi dalam hati nak cari kerja.

Tengah menghantar minuman kat 2 minah berkenaan Tetiba

Minah : Errr bang, nak tanya sket.

Gua : ok!

Minah : ada kerja part time tak kat sini?

Gua : Haha. Dalam hati gua tersenyum lebar.

****************

Rasa macam nak rakam ja time dorang minta kerja time tu.

Lepas cuti

Dah masuk semester baru. Gua dapat gaji dan gua dah plan shopping sampai ke titisan duit yang terakhir. Tapi gaji lesap sebab gua excident ngan minah tak pandai drive yang kuar simpang tak tengok kiri kanan. Gua terpaksa elak then sagat bumber myvi dia. Habis bersepah bumper. Ya Allah.

Lutut dah longgar akibat kemalangan. Bersyukur. Bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa lagi. Gua lupa baca doa rasanya sebelum kuar rumah...Hmmm

Inilah Hidup

Asalamualaikum

Tak tau la hari ni hari ke berapa gua tak makan nasik. Gua sendiri dah lupa. Kadang - kadang tu, gua hanya mampu tersenyum bila kawan - kawan makan depan gua. Dalam hati ini rasa cemburu yang teramat sangat kerana kawan2 dapat beli apa yang dorang nak. Tapi gua? duit PTPTN RM 2000. Tolak rumah sewa, tolak lagi basikal untuk pegi kelas so baki RM1000. Agak2 sampai tak satu semester.

Hidup sebagai pelajar memang begitu.

mak call

Mak : Ujang watpa ni?

Gua : Takda watpa mak. Tengah rehat2

Mak : emmm Ujang masih ada duit tak?

Gua : Masih ada gak mak

Mak : Emm.. baguslah. Mak ngani pun Abah Takda duit sekarang nih.

Gua : Owhh. ( Baru nak minta duit )

susah nya hidup takda duit. Kalaulah aku anak orang kaya, kan seronok. Boleh beli apa yang gua nak. Boleh makan bila gua nak. Mana nak cari duit. Rasa mau nangis ja bila time macam nih. Nak pinjam duit dari kawan2, gua malu. Gua tak suka pinjam duit. Biarlah gua kelaparan.

Tengah makan bawang goreng.

Mak call lagi

Mak : Jang dah makan?.

Gua : Sudahhhh Mak

Mak : Owhh ok. Jang makan apa?

Gua : Makan nasik, telur, ayam mak...

Sedangkan gua makan....

Bila Lelaki Menjadi Wanita

Gua kadang-kadang buang tebiat jugak. Hari ni gua cuba menjadi surirumah sepenuh masa. Gua akan menggantikan tempat untuk semua kaum hawa kat rumah gua. Baru gua tahu bukan senang menjadi wanita sebenarnya. Bukan setakat fizikal, malahan jiwa jugak main peranan bersama.

Awal pagi

pepagi buta lagi gua sudah bangun. Padahal dalam hati mahu sambung tidor lagi. Agak-agak dekat tengah hari kita bangun la. Hehe. Gua pegi cari sarapan untuk sekeluarga, beli nasik lemak kat jiran sana. Part ni gua taklah keberatan sangat sebab perut gua pun sudah memanggil2 nasik lemak dari semalam. HikHik. lagipun anak makcik jual nasik lemak tu kiut. Niat mau jenguk anak dia sebenarnya. HAHA

Lepas tu gua pun hantar la adik2 gua ke sekolah. Nasib baek la guna motor. Kalau guna kaki tadi memang gua kaki2 adik gua. Dulu gua time kecik pun jalan kaki sendiri.

Mengemas

Part ni gua dah malas dah. Adik2 gua pegi sekolah yang tak reti kemas tempat tidur. Gua pulak yang kemaskan. Kalau kemaskan untuk seorang dua takpa gak. Ini gua kemaskan tuk lima orang. Cett. Kalau tak kemas saja takpa. Ni dengan bau kencing nya. HADOIYAI...

Memandangkan rumah baru sahaja kena renovate dan juga memandangkan gua anak harapan untuk mengemas rumah ( hehe ) gua pun kemas la dari parking kereta ke ruang tamu, tandas sampailah ke dapur. Agak damn gak la. Part ni beerfeluh-feluh ketiak gua dibuatnya.

Sabun

Jumpa mesin basuh, masukkan pakaian, masukkan sabun, tekan Start Wash. Senang saja. Tapi menjemurnya gua tak suka. haha.

Kuali

Hmm time ni gua tak terer sangat lah. Gua memasak ngan mak jugak. Kalau setakat masak ikan goreng tu gua terer la. Tapi masuk bab-bab gulai la, masak masakan pelik tu gua serender.
( time masak kena minyak panas. DAMN )

Bulan Masuk

Malam sepatutnya dah releks2 dah. Tapi adik bertuah gua yang berumur 2 tahun lebih yang sangat cerewet ngan muka sedihnya yang menyebabkan gua pun tak sampai hati marah. Sikit-sikit mintak susu la, anak patung la. nak gendong la, nangis la. Hahh part nih gua terpaksa la main jiwa-jiwa sket. Cuba menjiwai hati seorang ibu. Hehe

Kesimpulannya, bukan senang menjadi seorang wanita tambahan lagi seorang ibu. Kena jaga anak lagi. Bab pakaian gua dah pening dah. Cuci tudung, skarf, baju kurung, kain sarung, baju dalam lagi, seluar dalam, cuci rambut lagi. Tu baru part baju kurung. Belum masuk baju t-shirt, seluar sukan, jeans, banyak la senang cerita. Kalau aksesori pulak, pin tudung la, mekap lagi, bab boyfriend takpayah cerita la.

Yang tu kalau hidup sorang2 takpa. Bayangkan seorang ibu ada 5 orang anak pompuan. time beranak lagi la susah. Betapa sakitnya. Tak hidup lama gua kalau jadi pompuan. Bab fizikal dah penuh pancaroba. Belum masuk perasaan hati lagi. Bukan senang jadi seorang wanita. Tambahan pulak menjadi seorang wanita yang baik. Sangat susah.

p/s :Berusaha la jadi wanita yang baik. Hehe

Tudung

Dulu-dulu gua ni nak sangat tahu kenapa pompuan zaman sekarang suka bukak tudung. Jadi gua pun datang gatal dalam badan dan terpancul keluar dari mulut tanya kat member pompuan gua.

"Kenapa korang suka bukak tudung?"

"kenapa korang kadang-kadang pakai tudung kadang-kadang tak?"

Tapi sebelum gua tanya, gua kena wat preparation dulu. Mana la tahu gua kena attack sebab soalan sengal gua. Nanti tak pasal-pasal gua baru pejam mata sesaat, dah terpacak set geometri kat dahi gua. Pompuan sekarang lincah babe.

***********************

> "Dulu saya pakai tudung tau. Tapi pin tudung saya slalu hilang. Jadi saya malas la nak pakai. (bertuah punya anak. PEMALAS ). So, bila saya jumpa pin tudung baru la saya pakai. Kan senang. Hehe. Comei gitu"

> "Pernah tau hari tu makcik tak pakai tudung gi kedai beli topup. tudung basah. Jadi makcik lalu la depan brader2 romeo nih. Kebetulan pulak time tua ada angin sepoi2 dan terbang la rambut yang ikal mayang nih dengan wangian syampu rejoice. Lepas tu brader tu kata. " Hai awak. Cantik la awak ni...". Cair meleleh makcik. Makcik rasa seperti baru berumur 18. Tak sangka makcik masih howt lagi. Hehe". ( emmhh layan ja la makcik nih ).

> "Ala, wat pa nak simpan rambut dalam tudung. Mak saya bagi duit bagi cantik rambut tapi tak tunjuk kan kat orang". ( amboi. riak betol ).

> "Kena la pakai tudung. Kalo depan suami boleh la bagi tunjuk. Sebab pakai tudung nie ibarat peti lanun didalamnya ada duit emas. ( Ayat kemain gempak. Entah2 emas tu kurap + kudis tahap kronik ). Hehe"

> "Ala belum lagi masa nya. Sebelum kawin nanti kita pakai la". (entah2 sampai mati pon ko ak pakai )

************************

> "Gua sekarang nak pompuan freehair ja. Nanti dah kawin gua cari la yang pakai tudung".

> "Emmhh pakai atau tak sama ja. Still nampak hidung kan. Hehe".

> "Boleh belagak depan kawan2 bila dapat awek freehair".

> "Gua nak yang pakai tudung. Kalo pakai baju kurung ngan tudung kan manis dipandang. Sejuk hati mak mertua".

notakecil : semua ini hanya rakaan semata-mata. Hehe

Lontong + Nasi Lemak

Alhamdulillah pagi ini dapat mencekik lontong bersama kawan-kawan. Luqman Ariff dah Leey. Tapi hari ni gua buat kerja gila sket, mencekik lontong ngan nasi lemak sekali gus. Perut senak nak mampuih. Statik belom cover semua lagi. Dah takda mood nak study. Sekian

Kantung Kering Yang Sangat Kering

Direct to the point, duit dah tinggal sen-sen. Kalau beli gula-gula pon tak lepas. Pepagi lagi gua seluk semua ruang poket seluar gua mencari saki baki sen yang tinggal. Gua tak mau bergantung dengan sesiapa lagi. Akhirnya gua dapat meng-collect RM 2 setengah lebih sikit. Agak-agak dengan duit sebanyak itu, berapa hari gua dapat bertahan. Lalu gua membuat konklusyen membeli rokok. Lebih rela berlapar janji ada sigup. Gua sendiri tak paham.


ibarat wau bulan bertali tangsi salut kaca, cantik rupa, sinar ibarat berlian, berbisa helahnya. Jangan mempercayai sesiapa dengan memandang luaran kerana yang cantik belom tentu baik buruk itu jahat. walaupun ada peribahasa ibarat tebar jala berkilat, sekilas ikan terperangkap, aku dah tahu jantan betina yang bermaksud boleh menilai orang itu dari luaran. Selami lah hati dia dulu.

ada dua tak semestinya gelojoh. ada satu samestinya jodoh. jangan jadi bodoh. Jangan. Terus kena tabah. Hadapi dengan senyuman. Walaupun katamu yang seperti menitiskan nila ke atas susu namun gua sabar saja. Tak peduli apa mereka kata. katakan ku gila. Separus nafas bertahankan ikatan yang memang telah menanti retak. Tapi...

Kita memang berbeza
Sangat berbeza

Penat jari jemari menekan piano, manis merdu berirama, tapi mesin jahit yang dapat nama. Si piano...?

Pagi Yang Tak Seberapa Hening

Sudah 3 hari gua bangun awal pada hari cuti macam ni. Jarang bangun awal time cuti. Pepagi buta perot rasa lapar. Dari semalam belom makan. Oleh itu gua pon curi jap motor member gua beli makanan yang bole isi perut. Mahu makan maggie tapi takda mangkuk. Yang ada bekas makanan kucing. Takkan gua makan maggie guna mangkuk kucing.

Setelah bersiar gua pon belilah 2 mee 1 bihun 1 nasi lemak. Semua gua sental. Sorang pulak tu. Gua nak ajak hosmate gua. Tapi haram. Semua masih jadi bangkai pepagi ni. Alarm punya main awal. Memekak dari pagi sampai ke tengah hari. Snooze sampai lowbett. Apa kejadah nya.

Tersentap

"Anggaplah kita ni lebih rendah daripada rumput". " Biarlah mereka mengata".

Gua tersentap dengan ayat ini. Memang gua ingat sampai bila-bila.

Hilang

Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami

Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku

Namun apalah dayaku
Tempuh dan biar kau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia

Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri

Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya

Pancaroba Menggoda

Gua tak peduli gua nak apdate gak entri baru. Walau sesibuk macam mana pon. ( - cehh sibuk lah sangat -). Semester kali ni memang tak memberi gua bernafas langsung. sekejap test itu sekejap quiz ini. Lepas tu jumpa awek tu. Ehh salah, jumpa assignment tu. Then jumpa lagi mamat test lagi. Tak henti-henti menggeletek minda gua. Bangang betoi. Dan akhir nya lepas gak semuanya.


Assignments


Penat processer otak gua bekerja. Menyiapkan assignment yang susah. Gua rasa Albert Enstaing fening menjawabnya. Hardisk gua dah hampir full dibuatnya. Lepas siap semua assignment dan-dan pulak demam sebab kurang tidor. Then hantar assignment tengah malam kat Cubic guna motor member. Lepas tu hujan lebat petir menjentik-jentik bumi tak henti. Dah lah demam, ditimpa hujan lagi. Malangggg...


Study Week


Sekarang dah masuk study week. Tapi study week ni tak kena ngan masanya. Time tu gak ada match Real madrid VS Barcelona. Tambahan lagi Man U VS Man City. Nasib baek MU kalah. Lepas tu pulak gua baru buat akaun twitter. Nampak macem best. Time ni pulak tangan gua gatal mencari kod gitar. Banyak sangat syaiton nih.


Preparation Sebelom Exam

- Study secukopnya

- Jangan lupa baca doa

- Makan madu digalakkan. Bukan madu yang tu ok. Pelempang kang

- Buat lah nota kecik. Yang besor pun tak kesah. Engko tulis kat cadar tilam ko pun takpa

- Beli semua alat tulis.

- Jangan time exem ko mintak ngan member. Kerat pemadam member.

- Toyol jangan lupa

- Semayang solat sunat hajat

- Time exem jangan lupa bawak jaket. Seyes sejok

- Jaga kesihatan. Nanti kertas exem kotor kena taik hidung

- Jangan kalut bila dak cina kluar awal. Kena steady

- Jangan tido time exem. Kang ada peta planet Marikh kat paper kau.


- Awek atau pakwe korang lupakan seketika. Simpan dalam poket dulu.


notakecik :

- Doakan gua dapat jawab soalan final nanti.

- Kepada Prajurit BMCT tahun 1 UTeM, Good Luck for final exem. Hehe

Boneka

Cukup-cukuplah
Gua tak tahan menahan
Bagai patung
Dikawal jari-jemarimu

Sudah Sudahlah
Tak tahan
Melayan sikapmu perawan
Sudah.

Hargailah Seadanya

Bila kita sayang orang tu,

Kita tunggu dia lama pun takpa,

Tapi bila dia tunggu kita? Dia marah2...

Hati kata, "ala adatlah ada yg tunggu & menunggu" ...


Bila kita sayang orang tu,

Kita tak tido pun takpa layan dia yang bosan,

Tapi bila kita bosan,ada dia layan kita???

Hati kata, "takpa dia busy kot" ...


Bila kita sayang orang tu,

Kita gaduh ngan dia, kita diam ja...

Tapi dia heboh 1 dunia,

Hati kata, "takpa, dia tention tu" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita call nak cakap ngan dia,

Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan,

Bila jadi cam tu, takpa...

Hati kata, "takpa, layan ja..kawan dia kawan kita juga" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita bercerita ngan dia, cerita nan tunggul ag baik.



Tapi, bila dia bercerita ngan kita??

Kita dengar, sepatah2 kita kena ingat.

Kalau tak ingat, kita kena marah.

Hati kata, "takpa, sayang lah katakn" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita & dia lapar,

Tapi kita bagi semua roti kita kat dia,

Hati kata, "ala jaga lah hati dia, cian dia" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,

Tapi bila kita letih, dia suruh juga layan dia bila dia bosan,

Adil ke???

Hati kata, "ala bukan slalu pun" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita jadi cam orang gila dengar dia sakit,

Tapi bila kita sakit,

Dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan hari kesakitan kita,

Hati kata, "takpa, takkan dia nak berkepit ngan kita 24 jam" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita tak pernah pentingkan diri sendiri,

Tapi dia hipokrit tahap gaban,

Hati kata, "takpa, dia memang macam tu kena lah terima" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita sayang nak tinggal kan dia selama-lamanya,

Tapi dia tak tau kita berdepan dengan maut,

Walaupun kita sakit, dia kata kita sakit biasa-biasa je, jangan mengarot,

Hati kata, "macam mana lah dia bila kita tak ada, mesti dia happy" ...



Bila kita sayang orang tu,

Kita tak sanggup tengok orang dia menderita,

Tapi dia tak pernah hargai diri kita,

Hati kata, "tau tak betapa kita sayang kat dia" ...?



Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup tinggal kan dia selama-lamanya untuk dia bahagia,

Tapi, adakah dia tau pengorbanan kita?

Hati kata, "takpa, janji dia bahagia" ...





DAN...

Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya,

Dia datang ziarah pusara kita,

Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita..

Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia,

Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan,

Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita,

Dia mintak maaf sebab pernah tak hirau kan call kita,

Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita,

Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia,

Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita,

Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita,

Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri sendiri,

Dia mintak maaf sebab pernah tengok penderitaan kita...


Namun semua telah terlambat,,

Hargailah orang-orang yang kita sayang...

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bgtau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Cuti - Cuti Malaysia

First Step

Sesampai saja gua kat perhentian bas Kuala Terengganu perasaan gua berterabur semacam. Pukul 6++ Pagi kot sampai. Ada rasa excited, rasa takut pon ada jugak. Maklumlah kan, gua tak tahu macam mana penerimaan famili member gua nanti. Hehe. Gua nampak bersepah student universiti balik ke kampung. Ramai awekkk. haha. Lepas tu kan kitaorang tunggu la abang member gua. Dalam fikiran gua mesti dia bawak kereta besar - besar punya. Tup² keta member gua jugak yang datang. Dah lah barang banyak, berat, orang nya pon berat. Tambahan pulak keta nih lowered. Memanggg terbaik.



Sampai Kat Rumah

Kalo kat rumah orang tu gua pun tetiba beradat susila. Hehe. Muka jadi baik semacem saja. Tingkah-laku yang sangat rukunnegara la katakan. Jumpa mak ayah member. Minum jap hilangkan penat. Borak - borak kosong jap. Walaupun tak paham apa mak ayah member cakap. Kalo dorang gelak, gua pun gelak. Entah apa dorang gelak gua pun tak tau. Tetiba ayah member tanya.

Pak cik : Dah semayang subuh?

Gua : Gua jawablah. Belom pakcik. Baru sampai

Kemudian pak cik tu tanya anak dia pulak

Pak cik : Dah semayang subuh?

Member : Dah.

Aik bila pulok dia semayang. Haha. Penipu


Makanan

Gua ngan member gua pepagi dah kluar jalan² merayau entah kemana. First pegi baiki radio keta Viva dia. Agak stylo disana radio tu.


Then makan. Fuhh makan pertama gua cekik kat sana adalah Nasi Dagang. Aduhh sedap gila. Rasa pelik² tapi sedap pulak. Kalo diikutkan hati, nak saja gua makan banyak² time tu. Lepas tu gua ngan member gua balik pegi rumah. Memcekik lagi. Gulai ayam. Mak ai kuah dia. Gua tak suka makan kuah kari. Tapi kuah gulai ni. Sodap sungguh. Hehe.

Malam Pertama

Yang nih bukan malam pertama bagi couple yang dah kahwin ok. Gua ngan member gua jalan - jalan area pesisiran pantai. Sana angin kuat tahap gila babas. Rambut gua berkibar semacam. Habis hilang rambut gua. Then jumpa kawan jap. Haha. Sambut befday dia. Borak - borak jap, chit-chat jap then jalan lagi.


Masjid Kristal

Petang hari entah ke berapa dah gua ngan member gua jalan - jalan pegi Masjid kristal. Cantik jugak lah lanskap masjid tu. Entah siapalah arkitek dia. Kot- kot bole minta ilmu sket kat arkitek tu. Boleh jugak gua design Masjid kat kampung gua nanti. Tapi gua tak faham kenapa nama Masjid tu Kristal. Tak kristal pon???





Benda Pelik

Haisshhhh banyak benda pelik kat sini nih. Kadang - kadang gua tak faham macam mana bole jadi macam ni.

TOLOL
Mini EX5

Lawak Bodoh

Pagi tu gua jalan ngan mamat ni. Jadi gua borak la. Gua buat lawak tak tersengaja

Gua : Wahhh besar la rumah ni

Member : Hmmm besarrr...

Gua : Huhhh parking pun luas lah.

Member : Hmmm Luasss...

Gua : Ada menara pulak tu

Member : Hmmmm menara...

Gua : Macam masjid la

Member : Memang masjid pon

CETTT... -tak bagi tau awal -awal.

Pro dan Contra

Memang bohong la kalo gua kata semua best kan. Mesti ada yang tak best jugak. Gua Tak suka lori - lori kat sana. Ekzos dorang hmm mak ai besar gila. Bukan ekzos kot. Dorang guna Batang paip. Bising nak mampos. haha. Bayangkan kalo 10 lori lalu tepi gua. Silap hari bulan gua terpaksa guna bantuan alat pendengaran. Pekakkkkk.

Tapi ada yang stylo kat sana. Makcik - makcik kat sana nek moto selamber saja. Tak guna helmet pulak tu. Nenek pun ada babe. Siap buat welliy pulak tu. Nasib baik takda yang guna motor RXZ. Hehh terer tak terer kaum hawa kat sana. Yang tu gua tipu.

Hensem tak member gua

Air Terjun Sekayu

Hahh yang ni memang best. Teruja gua tengok air terjun kat sini. Rasa nak mandi saja. Tapi bila gua dengar banyak yang mati kat sini hehe tak jadi la mandi.


P/s : Lepas ni Gua nak pegi Kelantan pulak. Hehe Peace

Ke Kiri Ke Kanan

Melaka -Terengganu

Gua sekarang kat Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kat Kuala Terengganu. Hehe. Jauh perjalanan hoo. Perjalanan mengambil perjalanan selama 7 jam. Penat gila lah. Mau tak kemek bontot gua duduk dalam bas. Dahlah pemandunya macam haram. Amik selekoh laju semacem. Mungkin dia lupa kot dia bawa bas. FISH. Jalan pon berbukit. Terumbang ambing, terapung aping gua dalam bas.

Kuangajaq


Gua nampak kepala penumpang ke kiri ke kanan dan kekiri dan kanan lagi. Seirama dengan bas yang menggeleng- geleng. Mana taknya, dapat pemandu gila. Dan dan pulak kepala minah yang duduk sebelah gua kekiri dan kekanan dan kekiri dan tidak semena-menanya akhirnya lentok atas bahu gua. HAHA. Tapi gua baik. Gua kejutkan dia.

ACEH CEH CEHHH...-kejutlah sangat-

P/s : Selamat Hari Jadi Naziatul Fazilah. Hee
Alamak, gua lupa bawa pensil picit. Macam mana nak study